“Kenapa Susah Untuk Depositkan Balik RM1.3 Juta Yang Diambil Tu? Kesian Mami Saya Di Kubur” – Anak Arwah Pengasas Dnars

Kehidupan

“Kenapa Susah Untuk Depositkan Balik RM1.3 Juta Yang Diambil Tu? Kesian Mami Saya Di Kubur” – Anak Arwah Pengasas Dnars

Melalui akaun Threads anak pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim, dia mendakwa wang berjumlah RM1.3 juta milik arwah ibu yang diambil oleh bapa tirinya masih belum diterima.

“Kenapa susah untuk depositkan balik wang yang diambil?”

Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik di platform tersebut, Irdina meluahkan rasa tidak puas hati dengan wang yang didakwa diambil oleh bapa tirinya itu.

Advertisement

Difahamkan daripada kenyataan wanita tersebut, mahkamah telah mengarahkan wang berkenaan dikembalikan semula, namun hingga ke hari ini masih tiada tindakan yang dibuat.

threads anak pengasas dnars

13 Ogos sehingga 13 September, RM1.3 juta yang diarahkan mahkamah masih tidak dikembalikan ke tempat yang sepatutnya. Kenapa ya susah untuk depositkan balik wang yang dah diambil?

Patut dibahagi secara adil, adik-adik masih kecil

Dalam pada itu, Irdina berpendapat wang tersebut sepatutnya dibahagikan secara adil, malah meluahkan adik-adiknya masih kecil dan memerlukan wang itu untuk melanjutkan pelajaran.

Kesian mami saya di kubur, adik-adik masih kecil. Mereka perlu belajar tinggi capai impian mereka.

komen

Sebelum ini, pihak mahkamah memerintahkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal mendepositikan semula wang tunai milik arwah isteri ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka wanita tersebut dalam tempoh 30 hari.

anak pengasas dnars
2025-08-15 08:47:09

"Dikeluarkan Dari Rumah Dalam Satu Luggage Depan Mata Kami Sekeluarga" - Anak Arwah Pengasas Dnars

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...