“Kenapa Susah Nak Buat Permohonan Maaf?” – A.Aida Dakwa Amelia Henderson Tak Hormat Keputusan Mahkamah

Hiburan

“Kenapa Susah Nak Buat Permohonan Maaf?” – A.Aida Dakwa Amelia Henderson Tak Hormat Keputusan Mahkamah

Seperti diketahui ramai, sebelum ini berlakunya perbalahan di antara penerbit, Datuk A.Aida dan juga pelakon jelita, Amelia Henderson.

Baru-baru ini, A.Aida mempersoalkan tindakan Amelia yang tetap berkeras enggan memohon maaf berikutan melanggar kontrak sebuah drama.

Advertisement

Untuk info, Mahkamah telah menetapkan pelakon tersebut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada syarikat A.Aida Production Sdn Bhd pada 7 April lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Namun begitu, Amelia memfailkan rayuan dan menurut peguam, Ashmadi Othman yang mewakili A.Aida, mereka kini dalam proses review untuk tetapkan tarikh rayuan aktres tersebut.

Saya frust dan kecewa juga sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak membuat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya.

Dalam pada itu, A.Aida turut berkata pihak Amelia seakan-akan tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah memihak kepadanya.

Tambahan lagi, penerbit itu yakin bahawa dirinya tidak bersalah dan serahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah.

2 years ago

"Saya Tak Takut" - 'Enggan Settle Tepi', Amelia Henderson Ambil Keputusan Terus Lawan A.Aida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...