Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kenapa Suka Ulang Cerita 10 Tahun Lepas? – Ramona Zamzam

Benarlah kata orang, sekali kita buat silap, sampai bila-bila pun orang akan ingat. Seribu kali kita buat kebaikan pun tak mungkin dapat menutup kesilapan yang satu itu. Kesian juga apabila Abang Nara membaca kata-kata Ramona Zamzam di dalam Harian Metro hari ini. Mana tidaknya, gambar-gambar menjolok mata membabitkan dirinya di sebuah kelab malam kembali tersebar di Internet sedangkan perkara tersebut telah hangat dibicarakan pada awal-awal kemunculannya dahulu.

ramona zamzam

Advertisement

Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah pengakuan Ramona mengenai umurnya ketika gambar tersebut diambil. Pelik juga macam mana gadis berusia 16 tahun boleh lepas ke kelab malam. Kata Ramona:-

Peliklah mereka ini. Kenapalah suka ulang-ulang cerita 10 tahun lepas? Tolonglah, itu gambar lama yang diambil ketika saya berumur sekitar 16 tahun. Memang betul gambar berkenaan, tapi gosip itu pernah kecoh ketika awal pembabitan saya. Saya sudah pernah jelaskan gosip ini dulu.

Tak sangka benda ini datang balik. Saya tak marah tapi kesal dan sedih sangat jadinya. Ketika itu umur saya 16 tahun. Biasalah zaman remaja tentu ada kesilapan sana dan sini, tapi itu benda lama.

Sejak jadi artis saya sangat peka pada tindak-tanduk saya. Saya sudah tak buat benda-benda macam itu lagi. Jadi kenapa nak dibangkitkan lagi?

ramona zamzam

Abang Nara sokong kata-kata Ramona. Masa muda memang banyak kesilapan yang kita lakukan. Apa yang penting ialah belajar daripada kesilapan tersebut. Peminat pun janganlah over sangat sampai nak bukak cerita yang sama 2,3 kali. Sekali dahlah. Bagilah peluang untuk Ramona. Dia hanya manusia biasa seperti kita. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top