Kata-kata sayang begitu senang diungkap atau ditunjukkan pada orang lain. Tapi pernahkan anda ungkapkan kata-kata itu pada diri sendiri atau adakah anda tahu bagaimana cara untuk melakukannya?
Dalam kita menjaga hati orang disekeliling kadang-kadang kita tidak sedar yang kita gagal dalam menghormati dan menghargai diri sendiri. Penting sebenarnya untuk kita mempraktikkan atau menunjukkan rasa cinta pada diri, kerana ia dapat membantu menjadikan diri kita lebih bermotivasi, beryakin, berfikiran positif dan tampak ‘glowing’.
Jadi kali ni, BeautifulNara nak kongsikan 6 tips mudah untuk pupuk rasa cinta pada diri sendiri. Be yourself, love yourself!
1. Jadi lebih baik pada diri sendiri
Biarkan masa lampau berlalu pergi, anggaplah segala kesilapan yang anda pernah lakukan sebagai satu pengajaran pada diri. Tak salah nak nak rasa marah dan sedih tapi jangan terlalu menghukum diri anda dengan kesalahan itu, sebaliknya jadikan ia sebagai semangat dan motivasi untuk anda menjadi lebih baik.
2. Cipta Me-Time
Jika setiap hari melakukan rutin yang sama seperti bekerja, tersekat dalam kesesakan lalu lintas atau melayani kerenah orang sekeliling, ia sebenarnya boleh membuatkan individu merasa burnout hingga menjejaskan kesihatan mental.
Oleh itu, penting untuk anda cipta waktu untuk diri sendiri (Me-Time). Pilih satu aktiviti yang anda suka lakukan seperti menonton wayang, pergi spa atau window shopping. Jika anda mempunyai keluarga capai persetujuan bersama supaya masing-masing mempunyai waktu dan ruang secukupnya untuk diri sendiri.
Ini penting untuk anda mengecas kembali tenaga dan semangat yang hilang. Dengan bersendirian anda dapat lebih memahami keadaan diri dan menghargai diri sendiri.
3. Jauhkan diri daripada persekitaran atau individu yang toksik
Jika anda merasakan berada dalam persekitaran negatif, cuba keluar daripada lingkungan itu. Sebagai contoh, di pejabat anda tidak sukakan budaya mengampu atau bercakap belakang.
Ini kerana tanpa anda sedar, ia sebenarnya boleh menarik tenaga positif dan membuatkan anda rasa tidak berkeyakinan sehingga boleh mengganggu kesihatan mental anda.
Jadi lepas ni, cuba elakkan daripada termasuk dalam perbincangan itu, anda boleh memilih untuk buat hal sendiri atau bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif. Anda akan dapat lihat perubahan diri anda menjadi berkeyakinan dan gembira.
4. Jaga kesihatan
Jom mulakan senaman untuk kehidupan yang lebih aktif dan sihat. Pilih senaman yang buatkan anda gembira dan tak cepat bosan serta beralih kepada gaya makan yang sihat. Tahukah anda dengan bersenam beberapa hormon penting akan dirembeskan seperti endorphin, hormon ini membantu menaikkan mood anda dan ia membantu anda menjadi lebih rileks dan optimistik.
Serta satu lagi hormon yang dibebaskan ketika bersenama ialah serotonin, hormon ini penting bagi membantu anda untuk kekal fokus, menguatkan ingatan jangka pendek dan juga mengelakkan diri daripada depresi.
Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup sekurangnya 7 jam dan minum 8 gelas air sehari. Tubuh badan yang sihat dapat menjauhkan diri daripada penyakit dan tekanan.
5. Keluar daripada zon selesa
Ramai yang tak sedar mencabar diri merupakan salah satu cara menunjukkan rasa cinta pada diri sendiri. Dengan keluar daripada zon selesa, anda tahu bahawa diri anda berpotensi untuk lebih berjaya dan pergi lebih jauh.
6. Manjakan diri
Paling penting dalam self-love ni, jangan pernah rasa kedekut dengan diri sendiri. Tak salah nak berbelanja membeli alat solek dan pakaian untuk jadi lebih bergaya. Bila diri anda presentable, anda akan dapat rasakan keyakinan anda semakin meningkat.
Jika wajah kita boleh menjadi cantik dengan solekan, mood jadi lebih baik dengan pakaian yang segak. Bagaimana pula nak tampil dengan senyuman yang berseri dan berkeyakinan? Biar kami kongsikan satu rahsia dengan anda. (Drumrolls)
Memperkenalkan ubat gigi Darlie Whitening Natural Enzyme. Ubat gigi ni diperkaya dengan enzim semula jadi Papain dan Glukanase. Ia mempunyai 5 kali kuasa kesan melarut dan menanggalkan kesan degil tanpa membahayakan enamel.
Ia mempunyai dua perisa yang menyegarkan iaitu Fresh Mint (pudina segar untuk pemberusan gigi yang nyaman) dan Floral Fresh (wangian flora lembut untuk pemberusan gigi yang menyenangkan).
Anda dapat melihat perubahan pada gigi anda menjadi lebih putih dan menjadikan senyuman lebih cantik dan berseri. Barulah rasa konfiden sentiasa!
Dapatkan gigi yang putih berseri dengan Darlie Whitening Natural Enzyme
Haaa.. Sempena Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut 8 Mac setiap tahun. Kami nak kongsikan 2 promosi best untuk anda membeli ubat gigi Darlie Whitening Natural Enzyme.
Bermula 1 Mac sehingga 4 April 2022, anda boleh menikmati 30% diskaun untuk Darlie Whitening Natural Enzyme dengan setiap pembelian Purchase with Purchase (PWP) di Watsons.
Watsons: https://bit.ly/3rHGhsQ
Selain itu, dari 3 Mac sehingga 8 Mac 2022, jika anda ingin membuat pembelian di Lazada, anda boleh menikmati 15% diskaun untuk jualan bundle eksklusif untuk ubat gigi Darlie Whitening Natural Enzyme dan berus gigi Darlie High-Density pada harga RM31.90 sahaja.
Lazada: https://bit.ly/3JxCFjx
Untuk maklumat lanjut mengenai ubat gigi Darlie Whitening Natural Enzyme, anda boleh klik di SINI.
Paling penting apa-apa yang anda lakukan, utamakan diri sendiri. Love yourself before you love others!
Untuk para wanita kat luar sana jom jadi lebih berkeyakinan dengan Darlie dan mulakan praktikkan langkah untuk cintai diri sendiri!