“Kenapa Saya Tak Bersara Saja? Ini Negara Saya, Saya Sayang Negara Ini Sampai Hujung Nyawa” – Tun Mahathir

Berita

“Kenapa Saya Tak Bersara Saja? Ini Negara Saya, Saya Sayang Negara Ini Sampai Hujung Nyawa” – Tun Mahathir

Melalui platform Facebook bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menegaskan bahawa dirinya akan terus kekal mengambil berat mengenai Malaysia selagi hayat dikandung badan.

Ramai saran Tun M untuk bersara

Katanya, biarpun ramai yang menyaran agar beliau bersara daripada menyuarakan isu semasa, sebagai rakyat Malaysia, Tun Mahathir atau mesra dipanggil sebagai Tun M berasa bertanggungjawab untuk terus peduli tentang tanah airnya.

Advertisement

Tentulah saya ini tak bersyukur kalau saya tak ambil kisah langsung pasal negara yang dah bagi saya kehidupan yang selamat dan terjamin.

Dalam pada itu, Tun M merasakan Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan semula jadi yang boleh dimanfaatkan demi kemajuan negara sekira ia diuruskan secara baik.

“Ini negara saya, saya akan sayang sampai hujung nyawa”

Bagi saya, ia menawar pelbagai dan banyak sudah pun tertunai. Ia boleh beri lebih lagi kalau kita tahu macam mana nak buat.

Tambahannya lagi, Malaysia merupakan satu-satunya tanah air yang dimiliki dan hingga akhir hayat beliau tidak akan berhenti menyayangi negara ini.

Saya tak ada tempat lain nak pergi. Sebab itu saya sayang negara ini. Saya akan sayang sampai hujung nyawa.

tun mahathir kayuh basikal
2025-07-13 16:24:28

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9KM Sempena Sambut Kelahiran Ke-100 - "Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...