March 6th, 2014

Kalau kita rakyat Malaysia tak faham mengapa Liyana Manan harus meminta maaf kepada Hanez Suraya, tuan empunya badan lagilah “blur”. Abang Nara pun tak tahu kesalahan apa yang telah dilakukan oleh Liyana sehingga harus meminta maaf. Adakah tindakan Liyana membela nasibnya sebagai seorang isteri dan ibu adalah satu kesalahan? Siapa yang jadi mangsa dan siapa yang pemangsa sebenarnya di dalam kontroversi ini?

liyana manan

Berkata kepada Berita Harian hari ini, Liyana Manan mempersoalan permohonan Hanez Suraya yang mahu dirinya memohon maaf kepada pelakon itu. Kata Liyana:-

Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf kepada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah-olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam-macam lagi.

Saya marah kerana dia muat naik gambarnya bersama nak-anak saya. Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil dengan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu.

hanez suraya liyana manan

Betul kata Liyana Manan itu. Kalau kemaruk sangat nak kahwin pun, biarlah kes penceraian diselesaikan terlebih dahulu. Abang Nara rasa kesilapan besar Hanez Suraya ialah mengatakan Mr. R adalah duda sedangkan statusnya sehingga sekarang masih suami kepada Liyana Manan. Apa pun kepada Liyana, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Anda harus kuat demi 2 orang anak anda. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar suatu hari nanti.

P.S: Masjid biru St. Firus di Rusia kini 100 tahun


Comments are closed.

Loading...