March 20th, 2014

Tiada apa yang perlu dimalukan dengan kehamilan walaupun sudah mencecah usia 40an. Anak ialah satu anugerah paling berharga yang boleh hadir dalam kehidupan suami isteri. Kesian juga Abang Nara terhadap Rozita Che Wan apabila ada pihak yang mempertikaikan kehamilannya. Mungkin pihak tersebut cemburu dengan rezeki yang dikurniakan olehNya kepada Che Ta. Pelik-pelik kan manusia zaman sekarang?

che ta

Sepatutnya kita sebagai manusia biasa turut sama berkongsi rasa gembira atas kehamilan Che Ta ini. Kata Rozita kepada Utusan Malaysia:-

Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu memang melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain.

Telah memilih nama Muhammad Ali atau Aishah untuk bakal anak yang dilahirkan, Abang Nara tersenyum lebar membaca kisah keterujaan Zain Saidin di kala awal-awal kehamilan isterinya. Comel sangat-sangat. Kata Che Ta lagi:-

Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa. Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung

che ta dan zain

Semoga segalanya berjalan lancar buat Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Pastinya mereka berdua sedang teruja sangat-sangat sekarang ini. Awal-awal kehamilan ini lebih baik banyak berehat dan elakkan buat kerja berat. Insya Allah semuanya akan selamat. Tak sabar nak menatap wajah comel anak mereka kelak.

P.S: Mazda 3 SkyActiv dilancarkan


Comments are closed.

Loading...