Nama usahawan media sosial, Jofliam sekali lagi jadi bualan selepas hantaran terbarunya di Instagram Story mencetuskan tanda tanya netizen.
Dalam perkongsian ringkas itu, Jofliam menulis, “Ya Allah, kenapa saya yang kena menanggung mengidam ni?” Ayat tersebut pantas mencuri perhatian ramai yang mula membuat spekulasi kononnya isterinya, Dewi, sedang berbadan dua.
Rata-rata netizen mula meneka mesej itu seakan-akan hint bahawa pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. “Mengidam ni selalunya orang pregnant, ke Jofliam nak umum berita gembira?” tulis seorang pengguna media sosial.
Namun begitu, ada juga yang beranggapan ia sekadar gurauan biasa tanpa sebarang maksud tersirat.