Penyanyi Datuk Aishah berkata bahawa dia yakin dia tidak melakukan sebarang kesalahan meskipun diundi sebagai peserta tercorot ketika minggu ke-4 program All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung pada malam Ahad lalu.
Tambahnya lagi, dia kecewa ketika diumumkan tersingkir daripada program berkenaan setelah menerima markah sebanyak 43.75% daripada juri.
Saya rasa persembahan okay sahaja. Saya rasa saya tidak buat sebarang kesalahan. Saya secara jujur tidak tahu, kenapa saya dinilai dengan teruk iaitu hanya 43.75 peratus sahaja. Itu gagal tau.
Ujarnya, dia enggan digelar ‘bitter’ ketika diminta untuk mengulas mengenai adakah persembahannya layak mendapat markah lebih tinggi dan sepatutnya mara ke minggu seterusnya.
Nanti orang kata aku bitter. Saya rasa saya buat okey. Saya tidak buat sebarang masalah.
Aishah juga tidak menafikan bahawa sikapnya yang terlalu lantang mungkin menjadi punca dia tersingkir awal.
Saya tidak pasti, saya selalu lantang. Saya pada usia begini malas nak bising-bising, tapi kalau ada yang tak kena, ia tak boleh diteruskan. Jadi saya akan cakap sesuatu.
Walaupun satu auditorium melawan saya, saya tidak takut untuk mengata tidak kepada perkara yang tidak betul.
Terdahulu, netizen mengkritik cara Aishah menerima keputusan dia digugurkan daripada program tersebut.
Kebanyakan netizen menganggap Aishah seperti biadab apabila membuat muka ketika berhadapan dengan juri.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.