Written by Bella | September 24th, 2019

Pasaran vape atau rokok elektronik sememangnya tengah laris di pasaran. Siapa sahaja yang menghisap vape akan nampak lebih ‘cool’ mengikuti trend terkini.  Malah, ada beberapa artis tempatan juga tidak melepaskan peluang menjana pendapatan dengan mengeluarkan produk cecair perisa (flavour) mereka sendiri atau menjadi duta untuk produk vape yang lain.

shuib sepahtu vape

Seringkali juga selebriti dikatakan menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat khususnya anak muda. Berbicara mengenai isu tersebut, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkata tidak seharusnya artis sering dipersalahkan.

Kata Shuib, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak masing-masing.

artis vapeartis pengaruh vapevape shuibvape shuib

Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas.

shuib sepahtuYa, memang larangan kepada mereka yang dibawah umur sudah dijelaskan, tetapi secara logiknya bukan semua yang akan patuh. Pengaruh artis begitu besar terhadap masyarakat dan sedikit sebanyak pasti peminat mahu nampak ‘style’ seperti artis pujaan mereka, apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan.  Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber Berita : mStar Online & Public Health Malaysia

18 responses to Kenapa Salahkan Artis Jual ‘Flavour’ Vape? – Shuib Sepahtu

  1. naa says:

    kenapa dia pakai barang mahal pun tp still nampak murah? huhuhu

  2. LV pasar mlm timor leste ? says:

    Konon2 paparazi la snap candid gmbr die tgh brjln dgn beg lv bagai.. klau dh byk duit mst kne ade gmbr camni ke ? bru kembang dada tu knon gah la sgt..? head to toe branded wa ckp waklu ? sooebb jawee ..

  3. MOHD FAUZI KASSIM says:

    Dia dh start, drpd isu ysuku smpai ke vale nk acah2 lantang. Padahal sedikit demi sedikit dh tnjuk kesombongan dan riak. Ingt artis besar sgt, xkan dh lupa asal usul kot. Yes sebaiknya gunakanlah platform sbgai artis tu, dgn tuhan dh bg peluang ko dpt kluar dari kepomponh kemiskinan, gnkan kelebihan tu utk mengajar benda yg baik. Yg aku pelik, artis2 legend mcm jamal abdillah, aiman tino, xde plk terdesak nk melenting isu2 mcm ni. Sbb apa, sb diorng ada standard dan value tersendiri sbgai artis. Bkn jenis usung porch dgn bag LV kehuluhilir tp ckp mcm tong kosong

  4. Anonymous says:

    belum kena atas batang hidung sendiri..anak belum besar…nanti anak boleh mtk vape kat bapak,,sbb bapak supplier..kawan2 artis bapak yang jual..hasulah support..kata si anak…

  5. SS says:

    jgn nanti anak dia pulak jual vape kat sekolah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini