September 24th, 2019

Pasaran vape atau rokok elektronik sememangnya tengah laris di pasaran. Siapa sahaja yang menghisap vape akan nampak lebih ‘cool’ mengikuti trend terkini.  Malah, ada beberapa artis tempatan juga tidak melepaskan peluang menjana pendapatan dengan mengeluarkan produk cecair perisa (flavour) mereka sendiri atau menjadi duta untuk produk vape yang lain.

shuib sepahtu vape

Seringkali juga selebriti dikatakan menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat khususnya anak muda. Berbicara mengenai isu tersebut, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkata tidak seharusnya artis sering dipersalahkan.

Kata Shuib, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak masing-masing.

artis vapeartis pengaruh vapevape shuibvape shuib

Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas.

shuib sepahtuYa, memang larangan kepada mereka yang dibawah umur sudah dijelaskan, tetapi secara logiknya bukan semua yang akan patuh. Pengaruh artis begitu besar terhadap masyarakat dan sedikit sebanyak pasti peminat mahu nampak ‘style’ seperti artis pujaan mereka, apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan.  Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber Berita : mStar Online & Public Health Malaysia

18 responses to “Kenapa Salahkan Artis Jual ‘Flavour’ Vape? – Shuib Sepahtu”

  1. Anonymous says:

    ingat madu stick dia laku ker kalo tak sbb dia retis… sambil masuk tv sambil promote stick madu… ckp xder commonsense langsung lah shuib nih… pikir madu pikir camne dia bole dpt tmpt masuk kedai2 serata msia dulu… kalo bukan sbb nama shuib dh lama bisnes madu bungkus…

  2. Brunes says:

    kan kau tu pelawak dikenali ramai, atleast kau pakai platform atis itu untuk berikan awareness yang berfaedah. not sending contradicting messages to your younger base fans.. tak rasa responsible ke dekat pelanggan atas benda yg terjual yang terpampang muka awak. kesimpulannya benda ni simple saja aku nak faham.. kau dah di bayar duit berkoyan koyan kan dah kenyang, so you will do or say whatever it takes to keep the money coming. menunjukan kau manusia yang buta dengan wang ringgit. maybe u should stick to your madu business, atleast ada benefit orang, jangan lah tamak wahai pelawak.. orang tamak selalu rugi, tak baca hikayat cerita melayu dulu dulu ke

  3. Anonymous says:

    kau jual madu jela ib….

  4. wekkkkkkk says:

    Nah, aku nak tulis, bila masuk alam remaja, benda2 mcm nilah mnjdi ikutan anak2 remaja, ya mmg benar, mmg ada artis yg sanggup jadi duta utk mmpromosikan sesuatu jenama, hanya mmpromsikan, sememang taukeh nya adalah org lain, maka jualan laris, dapatlah %. Siapa yg sggup menayangkn muka sendiri tanpa dibayar %..betulah tu, artis mmg boleh mmpengaruhi sesuatu brg.

    Nah lagi nk kondem, jika anak2 kecil pula yg blom baligh, mereka pun mudah terpengaruh kerana ada syrikat jenama terkenal makanan,minuman, pakaian, meletakkan gambar kartun2 avengers, batman dan sebagainya utk melarikan produk mereka. Dari x kenal boleh jdi kenal hero & heroin oversea, paling kurang RM50.00 boleh habis sebulan jika anak meminta dibelikan..itu baru 1 jenama…blom yg lain..matilah..

    ..mmg artis boleh melakukan sesuatu brg..

    • wekkkkkkk says:

      typo..mmg artis boleh mempegaruhi sesuatu barang..tak gitu Suib..
      (aku kadak menipu..bujur tu akuk bepadah, setumat2 anak handak banyuk yg gmbr superhero tu).

  5. Anonymous says:

    budak sekolah tu yg tak reti bahasa..mak ayah pn tak nak pantau..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini