Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kenapa Salahkan Artis Jual ‘Flavour’ Vape? – Shuib Sepahtu

shuib sepahtu vape

Pasaran vape atau rokok elektronik sememangnya tengah laris di pasaran. Siapa sahaja yang menghisap vape akan nampak lebih ‘cool’ mengikuti trend terkini.  Malah, ada beberapa artis tempatan juga tidak melepaskan peluang menjana pendapatan dengan mengeluarkan produk cecair perisa (flavour) mereka sendiri atau menjadi duta untuk produk vape yang lain.

shuib sepahtu vape

Advertisement

Seringkali juga selebriti dikatakan menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat khususnya anak muda. Berbicara mengenai isu tersebut, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkata tidak seharusnya artis sering dipersalahkan.

Kata Shuib, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak masing-masing.

artis vapeartis pengaruh vapevape shuibvape shuib

Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas.

Advertisement

shuib sepahtuYa, memang larangan kepada mereka yang dibawah umur sudah dijelaskan, tetapi secara logiknya bukan semua yang akan patuh. Pengaruh artis begitu besar terhadap masyarakat dan sedikit sebanyak pasti peminat mahu nampak ‘style’ seperti artis pujaan mereka, apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan.  Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber Berita : mStar Online & Public Health Malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 Comments

  1. kentut busuk

    September 26, 2019 at 8:38 am

    tak pikir ke kalau artis tu x bg pengaruh @ tarikan kat masyarakat..takkan syarikat2 sanggup ambik artis untuk jadi model iklan @ duta syarikat mereka…cth iklan makanan kucing pun org ambik pemain bola yg org kenal…untuk apa…akal mana akal??

  2. ikan

    September 26, 2019 at 12:04 am

    demi duit ye tak shuib? jual vape ke dadah ke apedehal asalkan masyuk. tapi jangan tunjuk sangat bodoh ko tu ye. agak2 takde mende elok nak cakap baikla kau diam.

  3. hamba Allah

    September 25, 2019 at 2:47 pm

    Haram tetap haram, rokok ke vape ke, haram tetap haram.

  4. hakak

    September 25, 2019 at 11:10 am

    statement bodoh dari org yg hodoh.. malas nak komen lagi.. kalau dah tua2 mcm ni masih bodoh, payah nak ajar dah.. otak dah berkarat.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top