Rupa-rupanya selain daripada memaklumkan Aidil lupa mengenai sumpahnya untuk bertemu dengan anak-anak, Rita Rudaini semalam turut memberitahu yang isteri baru bekas suaminya itu, Zarema Zainal telah menyekat (block) applikasi WeChat dan Whatsapp Aidil supaya tidak boleh berlaku sebarang perhubungan. Agak berat juga tuduhan tersebut lebih-lebih lagi bukan mudah untuk mengetahui tangan mana yang menekan butang ‘block’ tanpa melihatnya dengan mata sendiri. Namun kecanggihan teknologi sekarang memungkinkan itu semua berlaku.
Kecewa dengan tuduhan tersebut, Aidil Zafuan tampil membersihkan nama isterinya. Tugas seorang suami sememangnya untuk membela isteri. Kalau bukan Aidil yang bela, siapa lagi kan? Kata Aidil:-
Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini.
Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus?
Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.
Aidil juga telah memberikan penjelasan panjang lebar bersama wartawan Mstar Online mengenai kata-kata yang telah dilemparkan oleh bekas isterinya itu. Dipendekkan cerita, Aidil nyata tertekan dengan sikap bekas isterinya yang tidak habis-habis memburukkan namanya. Hmmmm. Mungkin kalau Aidil bersikap lebih bertanggungjawab, perkara-perkara sebegini tak akan berlaku? Siapa tahu kan? Ikuti wawancara penuh Aidil dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan?
Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini.
Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsAppdan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia  tak boleh SMS atau telefon saya terus?
Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.
Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak?Â
Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak.Â
Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.
Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.
Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini.
Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru.Â
Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia.