Perkongsian aktres Kilafairy di akaun Threads meraih perhatian dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.
Tulis Kilafairy, dia terdetik untuk membuka tudung semula namun tertanya mengapa perlu dia lakukan itu semata-mata untuk menyenangkan manusia.
Sepatutnya kena buat segalanya untuk Allah. Bukan manusia. Sekarang baru faham kenapa orang kata istiqomah tu susah.
Dalam hantaran yang lain, aktres tersebut juga memohon peminat dan orang ramai mendoakan agar dia diberikan kekuatan iman.
Hujung hujung dah iman Kila ni. Saya perlukan doa kalian. Doa mama dah takde.
Luahan anak Allahyarham Rohana Jalil itu mendapat pelbagai respon di mana rata-rata wanita mendoakan agar Kila terus kuat.
Dalam pada itu, mereka turut mencadangkan agar Kila mendapatkan bantuan dan meminta pertolongan rakan atau sesiapa agar dapat membantunya mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.