Kenapa Ramai Sangat Orang Fikir Kotor & Lucah Di Luar Sana? – Emma Maembong

Hiburan

Kenapa Ramai Sangat Orang Fikir Kotor & Lucah Di Luar Sana? – Emma Maembong

Ya Abang Nara memahami kekecewaan Emma Maembong. Abang Nara pun kecewa juga dengan pemikiran sesetengah orang kita yang setiap benda nak dikaitkan dengan perkara lucah. Kesian Emma Maembong. Bergambar dengan monyet peliharaannya pun menyebabkan Emma mendapat maklum balas berunsur seksual di laman Instagram. Tak berdosa pun si monyet tue. Sedih sungguh Abang Nara melihat mentaliti sesetengah orang kita.

emma dan monyet

Advertisement

Monyet itu punyalah comel, manja dan tak tahu apa-apa. Mungkin yang berfikiran kotor dan lucah ini tak pernah ada haiwan peliharaan kot. Biasalah haiwan peliharaan bermanja bermain di dada. Takkan itu pun nak jadi isu? Kata Emma:-

Takkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Kenapalah ramai sangat orang berfikiran kotor dan lucah di luar sana. Kadang-kadang saya memang pelik dengan orang0orang begini. Takkan monyet letak kat dada pun nak timbulkan isu?

Orang macam ini memang tak ada kerja. Pendek kata apa saja kita buat semuanya tak kena. Saya percaya kalau saya letak moneyet itu di betis atau kaki tentu lain pula komen dan kutukan mereka untuk mempersendakan saya.

Mungkin mereka sudah kehabisan idea dan tak tahu apa cara lagi untuk mencabar saya. Sebelum saya bertudung, mereka cabar saya macam-macam jadi bila sudah bertudung mungkin mereka tak tahu apa lagi nak serang.

Saya nak tergelak pun ada dengan golongan macam ini sebab mereka tak penat-penat untuk mempopularkan saya dengan macam-macam isu.

emma dan monyet

Marilah kita sekali sekala berfikiran positif dan bergembira untuk orang lain. Janganlah hanya tahu nak ‘condemn’ sahaja. Abang Nara suka melihat aksi Emma Maembong dan monyet peliharaannya. Jelas terserlah sifat kasih sayang Emma. Berilah galakan kepada Emma. Tahulah anda kecewa Emma dah ada Zizan sebagai kekasih tetapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk timbulkan isu yang tak masuk akal dengan pelakon jelita ini. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

P.S: 2015 Opel Corsa segak bergaya

[flowplayer id=”29805″]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...