Kenapa Ramai Pemandu Gantung Anak Patung Di Bampar Kereta?

Trending

Kenapa Ramai Pemandu Gantung Anak Patung Di Bampar Kereta?

Sekiranya memandu di jalan raya, pasti kita perasan sesetengah pemandu bertindak menggantung patung mainan di bahagaian bawah bampar belakang kenderaan mereka.

Lebih menimbulkan perasaan tanda tanya, apakah tujuan patung tersebut digantung? Tidak kurang juga, patung-patung mainan tersebut pula terdiri daripada pelbagai karakter seperti maskot, patung bayi mahupun haiwan.

Advertisement

Bagaimanapun, mengikut budaya masyarakat di Jepun, patung tergantung ialah isyarat mudah yang menunjukkan seseorang itu minat berlumba.

Hal ini demikian kerana, ia diibaratkan simbolik kepada bendera atau ‘flag’ yang biasa dikibarkan ketika berlumba.

Namun begitu, di Amerika Syarikat (AS) pula, ia hanyalah sekadar trend yang diambil daripada komuniti JDM di negara itu. Patung tergantung di bawah bampar seakan satu sapaan yang berbunyi, “Hai, tengoklah kereta JDM yang aku bawa ni”.

Biarpun begitu, di Thailand pula, isyarat menggantung patung itu khabarnya merupakan salah satu cara menghormati roh mangsa yang maut akibat kemalangan jalan raya.

 

Menurut penduduk di sana, roh mangsa akan gembira dengan patung mainan tersebut dan tidak akan mengganggu pemandu terbabit. Malah ia juga boleh dianggap bagai tangkal nasib baik untuk mengelak sebarang kejadian buruk yang berpunca daripada roh-roh jahat atau tidak tenang.

Sehingga kini,  antara karakter patung paling popular digantung ialah Domo-Kun, iaitu maskot badan penyiaran awam Jepun, NHK. Selain digantung, Domo-Kun turut dijadikan pelekat kereta dan tema lukisan berus angin atau airbrush. Ia susulan ramai yang mengatakan patung tergantung itu membawa maksud nasib baik atau good luck di kalangan komuniti pelumba drift di negara tersebut.

Sumber: Iluminasi, Pandu Lalu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...