Penyanyi popular, Jaclyn Victor meluahkan rasa marah apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting wajahnya tanpa izin dengan foto yang tidak senonoh.
Enggan mendiamkan diri, penyanyi itu menegaskan dia akan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini.
Memang melampau betul orang-orang ni. Nak cakap lebih-lebih nanti kita pula nampak jahat.
Penyanyi itu turut memaklumkan dia akan membuat laporan polis terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Saya nak ke balai polis. Perkara ni dah semakin tak terkawal dan betul-betul buat saya marah.
Lagi satu, kenapa pula saya nak berb*gel?
View this post on Instagram
Perkara ini telah dikongsikan menerusi akaun Instagramnya dan rata-rata netizen meminta agar Jaclyn mengenakan saman terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.