March 26th, 2019

Semua sedia maklum, pelakon Remy Ishak sudah kembali solo. Berita beliau putus tunang dengan Ezza Yusof mengejutkan ramai pihak kerana mereka sudah dua tahun bertunang.

Remy aku beliau ada cuba untuk memperbaiki hubungan mereka dan melakukan solat istikarah tetapi tidak nampak ke arah perkahwinan. Jalan berpisah adalah yang terbaik buat mereka berdua.

Namun, baru-baru ini Remy dilihat memuat naik beberapa keping foto bekas tunangnya dengan kapsyen berharap agar Ezza kekal tabah.

Bagaimanapun, tindakan Remy berkongsi foto bekas tunangnya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Kata mereka, kenapa selepas putus tunang baru hendak memuat naik foto Ezza?

Terdahulu, Remy mengesahkan pertunangannya dengan Ezza sudah pun berakhir sejak sebulan lalu dan ia bukanlah berpunca daripada orang ketiga. Remy tidak meletakkan kesalahan kepada Ezza dan menerima keputusan ini sebagai ketentuan takdir. Mereka masih kekal berkawan baik sehingga hari ini dan mempunyai perniagaan bersama.

Sumber Berita : Astro Gempak


13 responses to “Kenapa Pula Nak Ucap ‘Stay Strong’, Pelik – Netizen Kurang Senang Remy Ishak Kongsi Gambar Bekas Tunang”

  1. Pucuk Manis says:

    Dh putus sudahlh Remy xperlu nk suh ezza tabah, ezza dh mmg pun kuat n tabah, sabar ngan kerenah kau, setia tapi last2 hampa.

  2. zaza says:

    Kesian ezzarl…tika pasangan lain bahagia dgn upload mcm2 pic ketika bersama..dia hanya mampu tgok aje..si tunang sibuk upload pic dgn mirafilzah.
    Konon2 nak low profile tp bahagia ke buat tunang mcm tu ?

  3. jj says:

    dah pts baru nk wat acah2 sweet plak time tunang dlu x de ko nk post pon pasal tunang ko acah2 cm single jeee,,

  4. anon says:

    acah2 suci murni lah bangla ni ..muahkakkakakaka

  5. jingkaliwa says:

    ikut mu la heh,,.

    • Sajadiahhhh says:

      stay strong lah.. sebab Remy mmg dah ada steady Sugar dady.. ex-f dia je xdpt mana2 daddy lagi.. Uppsss

    • pickokoo says:

      ekcelli btol gak, aku pon prasan yg remy tak penah upload gmbar dgn tunang dia. jadi pelik bile dah putus tunang nak plak upload gmba mcm ni..

    • minah jambu say NO to drugs says:

      dh putus tunang lagi nak tunjok gambar tunang rindu ke??? jangan nak mengarot lah remy dh putus buat hal putus jangan nak ingat lagi skarang kau dh buat dia dn keluarga dia malu dngan gara2 kau yg belom bersedia nak jadi laki konon ah suda lah..!!

Loading...