Aktres jelita Diana Danielle mengakui sudah penat ditanya berkali-kali tentang berat badannya dan dakwaan sedang hamil kerana tubuh badannya yang semakin berisi. Kata pelakon ini, dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menambah cahaya mata lagi.
Selesa dengan hidup sekarang
Menurut Diana, dia kini sudah selesa dengan kehidupannya sekarang dimana anak-anak sudah cukup besar dan mempunyai hal masing-masing dan begitu juga dirinya. Tambahan pula, Diana sudah meluangkan usia 20-an memiliki dan membesarkan anak. Jadi, kini adalah masa untuknya fokus pada diri sendiri.
Saya mula berkerja sepenuh masa ketika remaja dan memiliki anak pada usia 20-an. Ketika ini anak-anak saya sudah besar dan kerjaya saya juga stabil.
Jadi kenapa saya perlu kembali semula kepada rutin menukar lampin dan menyusukan anak? Tidak dapat tidur malam semua itu? Ini adalah pilihan peribadi saya.
View this post on Instagram
Punca naik berat badan
Selain dari itu, isteri kepada pelakon Farid Kami ini turut mendedahkan punca sebenar dirinya tambah berat badan. Katanya, berat badannya naik sebanyak 15 kilogram (kg) adalah disebabkan pembantu rumah yang pandai memasak untuknya setiap hari.
Jangan buat sebarang spekulasi seolah-olah saya hamil walaupun berat badan saya bertambah 15 kilogram.
Saya tidak pernah ada pembantu rumah yang pandai memasak. Tapi sekarang, setiap kali balik ke rumah, sentiasa ada makanan sedap.
@diana.danielle♬ original sound – Diana Danielle
Namun begitu, kata Diana, dia akan cuba menurunkan berat badannya memandangkan dirinya ada terlibat dalam beberapa buah drama tidak lama lagi.
Sebelum ini, media tempatan kecoh dengan spekulasi Diana Danielle telah hamil buat kali ketiga kerana fizikalnya yang berubah drastik dan semakin berisi.