Rentetan daripada kisah bekas penyampai radio dan juga pelawak Shahrol Shiro yang memberi kritikan mengenai sikap satu stesen radio yang mempersoalkan tindakan Fizi Ali meletak jawatan secara tiba-tiba telah membuatkan rakan artis, Ajak Shiro menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai tindakan Shahrol Shiro itu.
Ujar Ajak, apa yang dikritik bekas teman sepasukannya itu tidak benar dan menasihatkan agar Shahrol tidak memburukkan lagi keadaan dengan memberi komen-komen sedemikian rupa.
Jika sebelum ini, Ajak berkata dia tidak boleh mendiamkan diri kerana telah menyentuh soal rezeki dan keluarganya selain pernah ditipu ‘hidup-hidup’ berkaitan soal kerja oleh Shahrol Shiro.
Terbaru, Shahrol dilihat memberikan respon mengenai dakwaan Ajak menerusi TikTok miliknya.
@lagumalaysiaindonesia Replying to @lagumalaysiaindonesia respon shahrul shiro ” Kenapa nk bogel membogelkan ” … #FlexYourFreestyle #artis #malaysia #tiktok #foryou #fyp #fy #shahrulshiro #ajakshiro #fiziali #suriafm #djlin
? original sound – Lagu Malaysia Dan Indonesia – Lagu Malaysia Dan Indonesia
Dia yang kini sedang sibuk menguruskan ‘booth’ karnival jualan untuk peniaga-peniaga tempatan berkata dia tidak sempat untuk meneliti media sosial mengenai isu tersebut dan menganggap masih menyayangi Ajak sebagai seorang sahabat.
Terima kasih, chill semua. Sebarkan yang positif dan elakkan yang negatif. Kenapa sebut hal ni dan nak berpecah belah?
Shahrol juga turut meminta orang ramai agar tidak memanjangkan cerita dan lebih ‘chill’ memandangkan cerita itu masih panas dan diperkatakan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.