Sebelum ini, pelakon Riena Diana telah meninggalkan komen di sebuah artikel mengenai penyanyi dan pelakon, Janna Nick yang menjadi tumpuan lelaki ‘miang’ selepas tular rakaman dari sisi belakangnya.
Meninjau di ruangan komen, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah golongan lelaki yang masih memandang bentuk badan wanita walaupun sudah memakai pakaian yang menutup aurat.
Saya ada meluahkan pada ruangan komen, zaman sekarang ramai lelaki yang sakit otak.
Tidak menyangka tindakannya itu mengundang kecaman netizen, pelakon Kampung People itu menjelaskan dia tidak berniat mempertahankan pemilihan busana ketat yang digayakan Janna.
Bukan niat saya untuk mempertahankan sesiapa, tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah kenapa perempuan selalu dipersalahkan? Lelaki gatal pula macam mana?
Namun sebaliknya, Riena mempersoalkan sikap segelintir netizen yang hanya menyalahkan golongan wanita apabila melibatkan komen berbaur lucah.
Saya pernah berada di situasi macam tu bila dah pakai pakaian longgar, tapi masih ada yang komen pasal susuk tubuh saya. Jadi, apakah itu salah wanita?
Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun itu mengakui kesalahannya kerana meninggalkan komen sebegitu dan menerima apabila dikecam oleh netizen.
Saya tak cakap pakai pakaian seksi dan ketat tu betul. Saya pun tak mahu menegakkan benang yang basah. Salah saya juga sebab gatal bagi komen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.