“Kenapa Pelac*r Ni Masih Bebas?” – Masih Aktif ‘Berbisnes’ Terang-Terangan, Netizen Harap ‘Hot Daddy’ Dikenakan Tindakan

Trending

“Kenapa Pelac*r Ni Masih Bebas?” – Masih Aktif ‘Berbisnes’ Terang-Terangan, Netizen Harap ‘Hot Daddy’ Dikenakan Tindakan

Duda dikenali dengan panggilan ‘Daddy Ash’ yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan tahun lalu, masih menjalankan aktiviti yang sama.

Sudah beberapa kali tular video rakamannya termasuk siaran langsung dilakukannya secara terang-terangan mempromosikan aktiviti terbabit.

Advertisement

ustaz adnin
1 year ago

Ustaz Adnin Kecewa, Tegur Masyarakat Yang Sanjung 'Hot Daddy' - "Korang Dah Hilang Malu Ke? Dah Hilang Iman Ke?"

Terbaru, tular video lelaki berkenaan yang memaklumkan dia kini sedang mencari ‘talent’ lelaki dipercayai untuk tujuan persundalan.

Katanya, dia tidak mahu lelaki yang sudah berkahwin atau mempunyai teman wanita namun lebih memilih lelaki yang ‘player’.

Yang tak biasa dengan perempuan jangan DM. Lelaki yang hidup dia tiap tiap minggu tukar perempuan. Itu yang saya nak.

Dia turut menjawab persoalan netizen ketika siaran langsung itu yang bertanyakan tentang gaji dan memberitahu ‘talent’ yang berjaya dipilih akan mendapat RM20,000 hingga RM30,000 sebulan.

Daddy Ash live IG

Video berkenaan meraih perhatian warganet yang mempersoalkan mengapa dia masih boleh mempromosikan aktiviti tersebut secara terang-terangan tanpa apa-apa tindakan.

Jabatan Agama Islam mana eh? Terang terangan kot ni.

Malah, ada yang mempersoalkan mengapa dia masih bebas dan ada yang berharap penyanyi rap, Caprice akan tampil dan bersuara tentang isu ini.

komen netizen di X komen netizen di X komen netizen di X komen netizen di X

Pada 18 Disember 2024, Mahkamah Sesyen  melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua rakan wanitanya yang menghadapi pertuduhan membuat iklan persundalan, menjual rakaman video lucah dan memiliki bahan lucah, awal tahun 2023.

Hakim membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan berkata waran tangkap yang dikeluarkan sebelum ini tidak dapat disempurnakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...