Usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengejutkan ramai apabila mendedahkan kegiatan pelacuran yang berlaku di salah sebuah rumah miliknya di Sungai Buloh.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Aliff dilihat menyerbu kediaman tersebut dan menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.
Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki? Pakai seksi macam ni. Dia jual diri ni. Jangan sampai aku lepuk muka kau.
Menurutnya, dia tidak sihat dan kecewa apabila rumahnya diceroboh dan dijadikan ‘sarang pelacuran dan dadah’.
Papa sungguh tak sangka rumah papa kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. Papa tak sihat dan badan papa seram sejuk nak demam.
Rumah papa dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah. Masya-Allah, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat. Patut ke papa lepaskan atau hubungi polis?
Netizen memenuhi ruangan komen dan mendesaknya agar membuat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.