Sekarang, segalanya lebih mudah dengan dunia di hujung jari. Ramai antara kita memilih untuk menjadi penjual secara online. Nak menjual apa-apa tak perlu keluar rumah pun, dengan beberapa klik, kita boleh membuat transaksi jual beli.
Namun, kerap kali terjadi masalah adalah dari segi penghantaran. Pelanggan mengadu parcel rosak, lambat dihantar, kos mahal, nombor tracking yang perlu dihantar satu-persatu dan bermacam masalah lain.
Rupanya ada satu platform yang boleh selesaikan semua masalah ini. Jom kami kongsikan mengenai Delyva. Kalau ada yang masih tak tahu, Delyva adalah platform dengan berbilang kurier yang akan mencadangkan pilihan terbaik bagi setiap penghantaran.
Permudah urusan penghantaran
Dengan adanya pilihan-pilihan dalam Delyva, penghantar boleh memilih kos termurah dengan jangka masa penghantaran paling cepat untuk pembeli menerima parcel. Mudah kan?
Hanya dengan beberapa klik di Delyva, parcel siap sedia dihantar kepada pelanggan selain disertakan label penghantaran, notifikasi nombor tracking bersama anggaran tarikh penghantaran kepada penerima menerusi Whatsapp, emel atau SMS secara automatik.
Platform ini juga boleh diintegrasi dengan sistem eCommerce seperti Shopify, WooCommerce, EasyStore, Magento, Shoppegram, dan lain-lain untuk memudahkan urusan penjual dan pembeli.
Sedia penghantaran segera dalam 1 jam atau 4 jam
Perlu hantar barang penting secara segera? Pembeli memilih untuk bayar ketika penghantaran? Semuanya boleh dengan Delyva kerana mereka mempunyai pilihan penghantaran segera dalam tempoh 1 jam atau 4 jam selain pembayaran tunai ketika penghantaran (COD).
Tidak hanya membuat penghantaran bagi dalam negara, Delyva juga sedia menghantar pesanan ke seluruh dunia dengan lebih 200 negara. Jadi, kalau ada pesanan antarabangsa, bolehlah pilih Delyva untuk kos berpatutan ditawarkan.
Setakat ini lebih 100,000 perniagaan telah memanfaatkan dan mempercayai Delyva sebagai platform penghantaran produk jualan masing-masing. Antara nama besar yang menggunakan Delyva adalah seperti Siti Khadijah, Fynn Jamal, Maybank Sama Sama Lokal, Mydin, AEON, Senheng, 7-Eleven, AgroBazaar dan banyak lagi.
Daftar sekarang, nikmati diskaun tambah nilai
Belum ada akaun Delyva? Inilah masa yang tepat untuk mendaftar kerana Delyva nak belanja kod diskaun tambah nilai dengan memasukkan kod OHDELYVA (untuk ohmedia) / NADELYVA (utk beautifulnara) . Boleh juga dapatkan 20% kredit tambahan percuma semasa top-up kredit pertama dengan mendaftar sekarang di https://my.delyva.app/customer/signup.
Maklumat lanjut boleh didapati di https://delyva.com/my/ dan jangan lupa ikuti mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.