Sedia maklum, sejak kebelakang ini isu mengenai pelawak serta pelakon, Enot ‘bersuamikan’ pengkid hangat diperkata ramai.
Disebabkan itu, ramai yang mendakwa pelakon terbabit menyukai jantina sejenis atau lesbian.
Bagaimanapun, Enot atau nama sebenar, Aliza Abdullah menyangkal dakwaan terbabit dalam kenyataannya yang sebelum ini.
Dalam pada isu terbabit menjadi topik utama di media sosial, terdapat sesetengah netizen merasakan ada perubahan pada penampilan serta wajah Enot.
Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen berkata kini pelakon itu semakin cantik dan sudah pandai menjaga penampilan diri sendiri jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang sebelum ini.
Sekadar info, Enot sekeras-kerasnya menafikan bahawa dia ‘berkahwin’ dengan pengkid seperti yang didakwa ramai dan sanggup bersumpah atas nama ibunya bahawa dia masih tahu hukum agama.