“Kenapa Nak Ada Ayah Kalau Ada Mama Hebat Macam Ni?” – Minta Duit ‘Shopping’ Terus Dapat RM70K, Hantaran Cik B Raih Perhatian

Trending

“Kenapa Nak Ada Ayah Kalau Ada Mama Hebat Macam Ni?” – Minta Duit ‘Shopping’ Terus Dapat RM70K, Hantaran Cik B Raih Perhatian

Menerusi TikTok, pempengaruh dan juga anak kepada usahawan dikenali ramai, Dato Seri Vida iaitu Cik B telah berkongsi tentang ibunya yang disifatkan sebagai mama yang hebat.

Kata Cik B, baginya dia tidak memerlukan seorang insan bergelar bapa dalam hidupnya kerana ibunya sudah cukup hebat.

Advertisement

Kenapa nak ada ayah kalau dah ada mama yang hebat? Terima kasih menjadi ibu yang terbaik dan terhebat, sentiasa nak bahagiakan Cik B dan Kacak.

cik B minta belanja

Cik B juga sempat berkongsi tangkap layar mesej perbualannya dengan Dato Vida di mana dia meminta wang untuk membeli belah.

Berdasarkan tangkap layar seterusnya, Dato Vida kemudian memberikan wang kepadanya sebanyak RM20,000 sebelum Cik B berseloroh dengannya meminta agar jumlah tersebut ditambah sedikit lagi.

cik B minta belanja

Dato Vida kemudian terus membuat ‘transfer’ ke akaun bank Cik B berjumlah RM50,000 dan keseluruhannya dia telah mendapat RM70,000 untuk dibelanjakan.

cik B minta belanja

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang terkejut melihat jumlah wang yang diberikan Dato Vida kepada Cik B malah ramai yang berseloroh dengan membandingkan wang poket mereka.

komen TikTok komen TikTok

komen TikTok komen TikTok

Sementara itu, segelintir netizen menasihati yang lain agar tidak membanding-bandingkan kerana sudah tentu setiap ibu mempunyai kehebatan masing-masing.

Takpe guys. Mak kita semua pun hebat. Mungkin mak kita tak hebat dari segi kewangan tapi mak kita dah besarkan kita sampai tahap sekarang dah cukup power.

komen TikTok komen TikTok komen TikTok komen TikTok

vida belanja 500k untuk hantar cik b belajar di Barcelona
1 month ago

Belanja RM500K Sebulan Untuk Biaya Pelajaran Cik B, DS Vida Tak Kisah Habiskan Banyak Wang - "Apa Yang Penting 'Result' Kena Cemerlang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...