Kenapa Nabil Ahmad, Jaa Suzuran, Elizabeth Tan & Seanlje Semangat Terlebih Buat Challenge Nie?

Hiburan

Kenapa Nabil Ahmad, Jaa Suzuran, Elizabeth Tan & Seanlje Semangat Terlebih Buat Challenge Nie?

Seperti pagi-pagi sebelum ini, perkara pertama yang lakukan setiap hari ialah ialah meng”ushar” laman sosial selebriti tanah air kita. Iyerlah, kenalah up-to-date nak tahu apa yang tengah trending, siapa tengah bercinta dengan siapa dan gosip apa yang tengah meletop!!!

Grab The Malaysian Jugglenaut ChallengeGrab The Malaysian Jugglenaut Challenge

Advertisement

Tup-tup Abang Nara terperasan beberapa selebriti berkongsi video mereka melakukan challenge The Malaysian Jugglenaut Beast.

Grab The Malaysian Jugglenaut Challenge

Fuh!!! Semangat sungguh kan? Jadi apa sebenarnya challenge The Malaysian Jugglenaut Beast nie dan kenapa korang pun kena turut serta gak?

Untuk Bantu Rakyat Malaysia Yang

Kurang Bernasib Baik

Challenge yang boleh dilakukan menerusi applikasi Grab ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan mengajar kita memberi kepada masyarakat (giving back to the community). Dengan tema “All Malaysian Matters”, dengan melakukan challenge ini, kita boleh menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu bersatu demi satu tujuan.

Grab The Malaysian Jugglenaut Beast

Apa Dapat Kalau Buat Challenge Ini?

Ini yang akan berlaku apabila anda berjaya melengkapkan 2/3 servis (2/3 servis (1x GrabFood/1x GrabPay di store/1x Grab ride) daripada The Malaysian Jugglenaut Beast challenge ini:-

  1. Grab akan dermakan RM3.18 ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah
  2. Anda akan dapat diskaun RM5 untuk tempahan GrabFood seterusnya
  3. 318 mata ganjaran GrabRewards akan menjadi milik anda

Camner nak buat challenge ini?

Ha dah berminat kan? Meh Abang Nara kongsikan di mana, bagaimana dan satu persatu langkah yang perlu anda lakukan untuk menyertai The Malaysia Jugglenaut Beast Challenge ini.

1. Buka aplikasi Grab

First thing first korang kenalah ada aplikasi Grab terlebih dahulu. Kalau takder, boleh je download di Google Play Store atau Apple Store. Free je.

2. Cari “Challenges The Malaysian Jugglenaut”

Lepas tue skroll ke bawah sikit sampai korang jumpa “Challenges – The Malaysian Jugglenaut Beast”. Pastu klik kat gambar tue.

Grab The Malaysian Jugglenaut Beast

3. Pilih “Accept Challenge”. Nie WAJIB buat

Ha, kat sini korang boleh tahu berapa hari lagi tinggal untuk lengkapkan Challenge tue, baper banyak rewards yang masih ada dan apa jenis Challenge yang perlu dilakukan. Kalau dah ready, tekan Accept Challenge. Kalau korang tak tekan, semua transaksi yang anda lakukan tidak akan dikira. Jadi pastikan anda TEKAN.

Grab The Malaysian Jugglenaut Beast

Pastue nanti akan ada sedikit terma dan syarat yang perlu dibaca. Yang penting anda kena perlu lengkapkan 2 dari 3 servis di bawah:-

  1. Pesanan GrabFood (kecuali dari Domino’s)
  2. Buat bayaran guna GrabPay di kedai
  3. Gunakan Grab ride.

Bila dah berjaya lengkapkan 2 dari 3 servis di atas, barulah anda akan menerima ganjaran yang ditawarkan.

P.S: Anda juga boleh menikmati penjimatan sebanyak 31% di GrabFood atau GrabPay sepanjang kempen ini berlangsung. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

Grab The Malaysian Jugglenaut Beast

4. Lengkapkan Challenge anda

Lepas tue tunggu apa lagi? Mulakan Challenge anda secepat yang mungkin sebelum tamat masa. Anda boleh tengok progress Challenge anda di muka hadapan aplikasi Grab nie

Cabaran Grab The Malaysian Jugglenaut

5. Bergembira dengan ganjaran anda

Selepas Challenge anda siap 100%, akan ada notifikasi yang memaklumkan anda telah pun melengkapkan The Malaysian Jugglenaut Beast Challenge ini. Di sini anda akan dapat ganjaran anda. Boleh tekan “My Rewards” untuk menggunakannya. Senang gila kan?

Grab The Malaysian Jugglenaut BeastBersempena Hari Malaysia ini, marilah kita bersatu hati dan bergabung tenaga sebagai rakyat Malaysia untuk membantu masyarakat kita yang kurang bernasib baik, tak kira sama ada dengan usaha yang kecil atau besar.  Salah satu caranya ialah dengan melakukan Challenge The Malaysian Jugglenaut ini. Mudah, pantas dan berbaloi. Make sure korang join sebelum Challenge tamat pada 22 September 2019. Maklumat lanjut klik SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...