Seorang lelaki yang turut terkandas di Jeddah ketika konflik Timur Tengah tampil menceritakan situasi sebenar selepas timbul dakwaan yang dibuat oleh seorang jemaah wanita di media sosial.
Lelaki dikenali sebagai Ammar itu turut meminta penjelasan daripada wanita terbabit berhubung wang bantuan yang diterima daripada orang ramai.
Difahamkan, berdasarkan video yang dimuat naik wanita berkenaan sebelum ini, jumlah kutipan derma yang diterima sudah melebihi RM1,000. Bagaimanapun, video tersebut kini dilaporkan telah dipadam.
Menurut Ammar, pihak agensi umrah bersama syarikat penerbangan sebenarnya telah menyediakan penginapan serta makanan kepada para jemaah sepanjang mereka terkandas.
Malah, tiket penerbangan pulang juga telah diuruskan, sekali gus menafikan dakwaan bahawa wanita terbabit perlu membeli tiket pulang sendiri.
Ammar turut berkongsi bukti bahawa jemaah Malaysia termasuk wanita berkenaan telah selamat menaiki penerbangan pulang dan dijangka tiba sekitar jam 9 malam.
“Dia dah block saya, video pun dah diturunkan.”
Dalam masa sama, Ammar menasihati wanita tersebut supaya tidak menjadikan isu seperti itu sebagai cara untuk meraih pengikut di media sosial.
Katanya, dakwaan yang tidak benar hanya akan menjejaskan reputasi agensi umrah serta syarikat penerbangan yang terlibat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

