Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh TikTok dikenali sebagai Liana Beep-Beep yang didakwa melanggar kontrak syarikat.
Difahamkan, pempengaruh itu memaklumkan dirinya tidak lagi boleh bekerja kerana perlu menjaga kandungan dan nutrisi pemakanan memandang sedang berbadan dua.
Bagaimanapun, Liana didakwa melanggar kontrak selepas membuka akaun persendirian dan menerima banyak tawaran kerja berbanding akaun yang dimiliki oleh pihak syarikat.
Setelah lama mendiamkan diri, Liana akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar daripada pihaknya.
Saya rasa apa yang membuatkan situasi ini berlaku adalah disebabkan pihak mereka tidak memberitahu saya bahawa mereka akan memadam akaun tersebut.
Jelasnya lagi, dia telah menghantar notis kepada syarikat dua bulan sebelum atas alasan peribadi walaupun ditawarkan gaji sebanyak RM20,000 sebulan.
@liafa62 One of the spiciest burgers I’ve had, siap boleh pilih lagi level of spicy yg nk cuba ?????? • • #marriage #marriedlife #date #datenight #travel #makanlokal #kacau #husbandthings #wifeythings #beepbeep #foryou #foryoupage #fyp #fyp? #viral #trending #tiktokmalaysia
Dalam pada itu, Liana turut mempersoalkan tindakan pihak syarikat yang memilih untuk menyelesaikan isu ini dengan memuat naik di media sosial berbanding menyelesaikannya melalui tindakan undang-undang.
Kenapa mereka buat video untuk orang ramai berbanding datang dan berbincang dengan saya secara terus.
Bukan itu sahaja, pempengaruh itu meminta orang ramai untuk menghentikan kecaman terhadap dirinya dan keluarga.
@liafa62 I pass everything to the law. Berani cakap berani tanggung okay @Uniq scene media • • • #foryou #foryoupage #fyp #fyp? #viral #trending #tiktokmalaysia
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.