Penyanyi terkenal Indonesia, Putri Ariani tampil memberi respon setelah dia dituduh tidak melayan sekumpulan wartawan Malaysia dalam satu sidang media pada Rabu.
Maklum Putri, dia tidak mengetahui bahawa masih ada media yang menunggu untuk meneruskan temu bual setelah selesai sesi tersebut.
Selepas saya keluar dari bilik (sidang media), saya diberitahu oleh pihak penganjur acara dan promoter bahawa acara sidang media sudah selesai.
Jadi saya tidak tahu ada wartawan yang masih menunggu.
Putri tampil bersuara di Instagram Story miliknya setelah beberapa jam media menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakannya.
Bukan saya yang buat acara, jadi tanya saja kepada penganjur. Semua tadi sudah berjalan lancar dan selesai. Kenapa marah saya?
Putri difahamkan bersama pemuzik antarabangsa Allan Walker hadir ke sebuah hotel di Petaling Jaya bagi mempromosikan Walkertworld Tour 2024.
Dalama cara itu, Putri Ariani didakwa menjawab soalan wartawan secara acuh tak acuh dan hanya sempat membalas tiga pertanyaan.
Sesi temu bual itu diberhentikan kerana ingin memberi peluang penyanyi itu menjamah makanan kerana didakwa masih belum makan sejak pagi.
Pihak media bersetuju namun setelah dua jam menunggu, kelibat Putri tidak kelihatan dan bapanya, Ismawan Kurnianto tidak membenarkan anaknya itu bertemu media.
Ia kemudian dianggap tidak profesional berbanding Allan yang tetap melayan wartawan meskipun selesai sidang media secara rasmi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.