Meskipun hubungan cinta yang disulam sejak 5 tahun lalu telah kecundang di tengah jalan, pelakon popular Syafiq Kyle dan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Mimi Lana dilihat cukup profesional kerana mampu bekerja dalam set penggambaran yang sama.
Ternyata, sikap tersebut telah mendapat pujian ramai namun tindakan kedua-dua pelakon ini berkongsikan foto berdua di laman Instagram masing-masing membuatkan peminat tertanya-ranya adakah hubungan mereka sudah kembali bertaut?
Malah, peminat turut mendoakan supaya kasih yang terlerai antara Syafiq Kyle dan Mimi Lana ini kembali pulih dan berakhir di jenjang pelamin.
Ditemui media, Syafiq berkata dia tidak nampak keperluan untuk bermasam muka dengan bekas kekasih. Bagi pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini, dia cuba untuk bersikap profesional apabila bersetuju untuk berlakon meskipun Mimi turut sama bekerja di set yang sama.
“Bagi saya, penting untuk bersikap profesional, lebih-lebih lagi apabila kita bekerja dalam bidang sama. Pada saya tidak perlu rasanya bermasam muka kerana ia hanya memberi kesan yang tidak baik kepada kerjaya kita,”
View this post on InstagramNtah la nur org kata jangan tegur. Apa yg korg minat tentang #filempusaka ?
Syafiq menjelaskan bahawa apa yang penting adalah setiap tugas dapat dilaksanakan dengna baik dan kemudian berjaya untuk memuaskan hati penonton atau peminat dengan apa yang telah dipersembahkan.
Perkembangan terkini, Syafiq dilaporkan bakal muncul bersama Mimi Lana dalam sebuah supertele bertajuk Saka Nan Sepi untuk siaran Astro First pada bulan hadapan. Sebelum ini, kedua pelakon ini pernah digandingkan bersama dalam siri mini Serikan Hatimu 2 yang telah menemui penonton pada bulan Ogos lalu di saluran TV3.
Sumber : Berita Harian