Ramai juga yang panas punggung bila pelakon Intan Najuwa memuat naik video yang sangat ‘sweet’ dengan tunang tercinta di dalam kereta mewah, Lamborghini.
Sekali lagi Intan dilabel dan dikecam sebagai seorang wanita ‘mata duitan’, menggunakan rupa paras yang cantik untuk memikat hati lelaki.
Tidak hanya berdiam diri, Intan memuat naik kenyataan balas di Insta Stories dan seakan menyindir serta mempersoalkan, kenapa lelaki melayu “panas bontot” melihat videonya bersama tunang tersayang.
Mungkin tidak mahu dirinya terus dikecam, Intan telah memadam video tersebut. Relaks ye Intan, nak risau apa kalau betul dah cinta dan sayang kan? Seeloknya jaga hubungan dengan encik tunang dan semoga berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.