Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kenapa Lama Betul Pregnant?” Peminat Soal Ain Edruce, Tak Sabar Nak Tengok Anak

Ain Edruce

Pelakon dan juga pengacara, Ain Edruce telah menarik perhatian peminat apabila tampil sakan beraya meskipun kandungannya kini sudah pun mencecah 9 bulan.

Ain yang turut memuat naik foto OOTD lebaran kali ini kelihatan riang gembira menyambut lebaran bersama suami dan keluarga tercinta di Instagram untuk tatapan peminat serta pengikut media sosialnya.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Kelihatan cantik berseri ibu mengandung, Ain mengenakan kaftan berona biru merah itu dipuji ramai kerana segak bergaya di pagi hari raya.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat turut bertanyakan mengenai tarikh kelahiran anak pertama dia dan suami, Amirul Hafiz.

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

“Kenapa aku rasa lama betul Ain pregnant? Dato Siti pun dah beranak hahaha tak sabar nak tengok anak Ain..” tulis seorang pengguna media sosial di hantaran tersebut.

Difahamkan, Ain Edruce bakal melahirkan anak pertamanya itu sekitar hujung bulan ini.

Sekadar info, Ain telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top