August 5th, 2016

Baru-baru ini tersebar berita hangat dimana seorang pelakon lelaki dikatakan telah memukul teman wanitanya.

Ada beberapa pihak yang mendengar khabar angin itu tanpa bukti yang kukuh telah mengaitkan nama Sharnaaz Ahmad didalam kes berkenaan.

Sedar diri beliau terpalit dengan kontroversi itu, Sharnaaz  tidak kisah dan enggan ambil peduli tentang segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya.

Tidak perlu untuk saya menafikan persepsi itu. Ya, memang saya seorang yang agak panas baran, mudah emosi. Keluarga saya juga begitu, mungkin ‘penyakit’ keturunan kot.

Saya tidak kisah, cuma orang yang kenal rapat dengan saya tahu siapa diri ini. Mereka tahu perangai dan kehidupan saya. Kalau kita nak ikutkan kata-kata orang, sampai bila pun kita tidak akan menjadi diri sendiri.

Ditanya adakah benar beliau pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya. Ini jawapan Sharnaaz :-

Macam inilah, lelaki pukul perempuan itu salah. Namun, kalau ditanya kenapa dia bertindak sedemikian, mesti lelaki tersebut hanya mendiamkan diri. Takkan dia mahu buka aib dan salah teman wanitanya.  Lagipun, pukul-pukul manja sahaja. Tidak sama seperti memukul lelaki. Kalau pukul betul-betul, mahu pengsan sehari perempuan itu. Kata orang, pukul berlapik.

Kenapa kita asyik kecoh apabila seorang lelaki memukul wanita? Kenapa tidak soalan sama ditanya apabila wanita memukul lelaki. Saya rasa, mesti ada sebab lelaki itu memukul wanita tersebut.

Takkan dia saja-saja nak pukul teman wanitanya. Ada alasan kukuh bila seorang lelaki bertindak sedemikian. Tapi saya tidak cakap pukul wanita itu tindakan yang betul, salah tetap salah. Cuma mesti ada sebab.

Kadang-kadang  kesian juga dengan Sharnaaz, setiap kali ada kontroversi kes pukul memukul tentu ada sahaja yang menuduh beliau adalah pelakunya. Sampai ada sesetengah pihak gelar beliau pelakon samseng. Huhu.. Tak apa lah Sharnaaz, lu relaks je bro..yang penting orang lu sayang dan cintai tahu perangai lu yang sebenar…

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...