Kenapa Kes Abang Botak Hukuman Dijatuhkan Sangat Laju? Jom Lihat Penjelasan Peguam

Kehidupan

Kenapa Kes Abang Botak Hukuman Dijatuhkan Sangat Laju? Jom Lihat Penjelasan Peguam

Kenapa Kes Abang Botak Hukuman Dijatuhkan Sangat Laju? Jom Lihat Penjelasan Peguam

Pasti anda semua berasa pelik dengan kes seorang lelaki yang viral atas tindakannya memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula tarikh tangkapan iaitu semalam kan?

Advertisement

Lajunya dia kena tangkap sedangkan kes jenayah lain nak tangkap mengambil masa begitu lama.

Mari sama-sama kita lihat kenapa proses menjatuhkan hukuman begitu cepat mengikut seorang peguam di dalam akuan Facebook.

Mengapa hukuman yang dijatuhkan sangat laju?

Harini Abang Botak kena hukum penjara 12 bulan. Semalam tangkap, harini jatuh hukum. Laju.

Ya, proses siasatan sebenarnya boleh dibuat dengan cepat. Lagi-lagi untuk kes direct dengn bukti dan saksi.

Siapa yang kait dengan bangsa dan agama memang tahap pemikiran masih setengah masak.

Kes ni tak ada kaitan dengan bangsa dan agama. Dia mengaku di depan Majistret.

Bila sesiapa mengaku depan Majistret, Majistret akan jatuhkan hukuman pada masa tu juga. Nak tunggu apa lagi, dah mengaku.

Kalau tak mengaku memang panjang, nak sediakan dokumen, nak buat persediaan bicara, nak bicara, nak berhujah.

Bila mengaku semua tu tak payah. Terus kepada rayuan dan hukuman.

Abang Botak dituduh bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan. Seksyen ni memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun. So Abang Botak dah kena minimum penjara.

Tapi, seksyen ni juga benarkan denda.

Abang Botak dikatakan pesalah kali pertama, maknanya dia tak pernah kena tuduh sebelum ni. Dia juga dah mengaku seawal-awalnya. Dia juga membantu dalam siasatan, kalau tak reman dia mesti panjang.

Dia juga ada isteri dan anak-anak.

Dalam menjatuhkan hukuman, ini semua perlu mahkamah ambil kira.

Kami tak pasti apa alasan Majistret dalam menjatuhkan hukuman penjara sedangkan denda yang tinggi masih boleh dikenakan.

Dalam hal ini, sekiranya Abang Botak dan family tak puas hati dengan keputusan Majistret, satu rayuan berkaitan hukuman boleh difailkan ke Mahkamah Tinggi.

Tapi harini hari Jumaat. Esok cuti. Isnin dah banyak pegawai cuti. Rabu dah raya. Mungkin tak sempat untuk sebarang rayuan didengar sebelum Raya.

Alternatif?

Boleh minta permohonan penangguhan hukuman. Tak pasti sama ada telah dibuat atau tak.

Hukuman boleh ditangguhkan sementara sehingga rayuan selesai, tapi alasan nak kena kuat la.

Mahkamah ada proses-proses yang boleh kita gunakan secara sah. Jadi bila ada kes-kes tak kira la yang dah lepas atau akan datang yang kita nampak pelik, jangan melompat dulu. Check dulu kenapa.

Ingat ya sebelum kita semua lakukan sesuatu di luar jangkaan fikirlah orang tersayang terlebih dahulu. Tinggal beberapa hari lagi sahaja kita nak beraya, kasihan anak dan bini yang bakal beraya tanpa ayah di sisi mereka.

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...