“Kenapa Kena Tanam Api Kebencian, Berdamai Dengan Takdir” – Anggap Isu Makin Merepek, Jofliam Beri 5 ‘Point’ Pertahankan Diri

Trending

“Kenapa Kena Tanam Api Kebencian, Berdamai Dengan Takdir” – Anggap Isu Makin Merepek, Jofliam Beri 5 ‘Point’ Pertahankan Diri

Semalam, pempengaruh, Cik Epal ada memuat naik satu hantaran bahawa dirinya bakal menyaman staf bekas suami, Jofliam iaitu Dewi susulan mendakwa pelbagai hal yang tidak benar ketika ditemubual oleh pihak media.

Bahkan, kakak Jofliam turut tampil mengeluarkan kenyataan bahawa adiknya menghalau Cik Epal keluar dari rumah dan keadaan keluarga mereka berubah selepas kehadiran Dewi yang dianggap sebagai ‘penyondol’.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, usahawan pizza popular, Jofliam tampil memuat naik hantaran di Instagram Story demi pertahankan diri.

ig story jofliam

Kata usahawan itu, isu yang hangat berlaku sekarang ini sudah semakin merepek dan seolah-olah memberi ruang kepada orang ramai untuk melakukan buli siber terhadapnya, susulan itu dia memberi lima point penjelasan bagi pihaknya pula.

Mulanya, Jofliam menafikan bahawa dia menghalau Cik Epal dari rumah mereka dan sama sekali tidak derhaka terhadap ibu sendiri.

ig story jofliam

Dalam pada itu, usahawan berkenaan menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bersedudukan dengan wanita bukan mahram dan masih tahu halal haram dalam sesuatu perkara.

ig story jofliam

Tambahannya lagi, mengenai video viral Dewi menyentuh rambutnya ketika mereka di sebuah majlid di Milan, Jofliam berkata ketika itu dia diarahkan untuk touch up rambut dan buang sedikit minyak sebelum ditemubual, bekas isteri juga tahu mengenai hal itu.

ig story jofliam

Jolfiam turut sempat berkata perceraian bukanlah pengakhiran dalam kehidupan dan mereka masih boleh perbaiki diri dengan menjadi ibu bapa yang baik buat anak-anak.

Malah, berharap agar pihak-pihak yang terlibat menyelesaikan hal ini secara privasi tanpa perlu menyebar aib atau kebencian di platform media sosial dan menyuruh semuanya berdamai dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Cik epal saman dewi
2 months ago

Cik Epal Hantar Surat Peguam, Tuntut Ganti Rugi RM1 Juta Daripada Dewi Gara-Gara Kenyataan Fitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...