Anda pasti ‘familiar’ dengan video-video parodi di TikTok yang menggunakan suara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Iqbal Zulkefli sebagai suara latar.
Sudah ramai yang melakukan parodi berlatar belakangkan suara tersebut dan tidak terlepas, Heliza Helmi dan suami turut sertai ‘trend’ ini.
Video dikongsikan oleh Heliza di Instagram baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen.
Ramai yang terhibur dengan telatah mereka suami isteri dan turut memuji suaminya kerana melayan Heliza merakamkan video tersebut.
Namun, lain pula reaksi netizen di laman Facebook di mana rata-ratanya mengkritik pasangan tersebut. Malah ada yang berkata Heliza seolah-olah semakin hilang warak semenjak mendirikan rumah tangga.
Ada yang turut meluahkan rasa tidak suka mereka terhadap tindakan Heliza dan melabelnya ‘mengada-ngada’.