Kenapa Isteri Alah Bau Suami Dan Mengidam Ketika Mengandung? Ini Sebabnya

Trending

Kenapa Isteri Alah Bau Suami Dan Mengidam Ketika Mengandung? Ini Sebabnya

Rasa mengidam, datang tanpa dirancang. Adakah ia spontan atau ada punca situasi sebegini berlaku?

Advertisement

Memetik perkongsian dari Dr. Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, sebahagian wanita hamil bakal mengalami suatu keadaan.

Di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan.

Keadaan ini berlaku disebabkan perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing.

Ia juga menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain.

Keadaan sebegini sama seperti saat mengalami haid di mana anda menginginkan sesetengah jenis makanan disebabkan oleh pengaruh hormon yang dialami ketika itu.

PERUBAHAN HORMON

Perubahan hormon di kalangan wanita hamil boleh memberi kesan terhadap deria rasa dan bau.

Namun, sebenarnya tiada siapa yang tahu dengan pasti.

Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain-lain yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab mengapa anda mengidamkan sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.

Perlu difahami rasa mengidam bukanlah bererti seseorang wanita itu mengada-ada.

Buang anggapan sebegini. Ketahuilah, kehamilan menjadikan kebanyakan wanita mahu mendapatkan lebih perhatian daripada suaminya.

Namun, ada juga yang “alah” pada suami sendiri. Contohnya, ada wanita yang tidak tahan dengan bau badan suami masing-masing.

KEKURANGAN ZAT MAKANAN DAN VITAMIN

Kebiasaannya rasa mengidam boleh timbul sejurus selepas wanita tadi tidak lagi didatangi haid kerana hamil.

Tidak kurang juga yang mengalami rasa mengidam hanya apabila usia kehamilan mencecah lapan atau sembilan bulan. Penelitian umum mendapati bahawa keinginan untuk makan makanan tertentu berubah seiring dengan usia kehamilannya.

Menurut Dr. Norintan lagi, kebanyakan doktor percaya kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil yang mencetuskan rasa mengidam.

Contohnya, mengidam makanan laut.

Ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium dan sodium. Bagi yang mungkin mengidam kekacang dan bijirin pula, ia berkemungkinan besar berpunca dari kekurangan magnesium di dalam tubuh.

Ada juga segelintir wanita hamil mengidam ais ataupun air batu. Keadaan ini dikenali sebagai pica.

Ia sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi.

SUMBER BUKAN MAKANAN

Kebanyakan wanita hamil suka mengidam makanan-makanan tertentu.

Tidak kurang ada yang mengidam sumber bukan makanan.

Contohnya seperti mengidam bau minyak tanah, petrol, bahan pewangi dan yang seumpama dengannya. Jika ini berlaku, ia tidak dapat dikaitkan dengan kekurangan apa –apa jenis zat makanan.

Masalah mengidam sesuatu yang bukan daripada sumber makanan sememangnya sukar difahami.

Tidak ada penjelasan dari sudut sains untuk kes-kes sebegini.

Apa-apa pun, sekiranya mengidam sesuatu yang membahayakan kesihatan diri dan kandungan seperti terlalu ingin menghisap cerut atau merokok, ia perlu dielakkan.

Namun ada cara lain untuk menangani keinginan memakan sesuatu yang tidak sihat. Ia dapat dilakukan dengan mengambil sarapan setiap hari.

Ini kerana amalan tidak bersarapan boleh membuatkan rasa mengidam itu menjadi lebih teruk.

Selain dari itu, anda digalakkan untuk lebih kerap melakukan senaman yang selamat untuk ibu hamil. Paling penting, pastikan mengamalkan diet yang sihat dan makanan yang diambil setiap hari adalah pelbagai.

NASIHAT DOKTOR

Mengidam ketika hamil mungkin dikaitkan dengan kekurangan zat di dalam badan.

Namun, ini tidak berlandaskan mana-mana kajian yang boleh menjelaskan masalah mengidam ini dengan sepenuhnya.

Secara amnya, mengidam tidak membahayakan wanita hamil dan anak di dalam kandungannya.

Namun, bagi yang mungkin mengidam bahan-bahan merbahaya seperti rokok, perlu berhenti daripada meneruskan keinginan tersebut.

Penting untuk memahami bahawa kepentingan amalan pemakanan yang baik.

Ia perlu dititikberatkan bagi membolehkan dapatkan cahaya mata yang sihat.

Dalam pada itu, jika mengidamkan makanan yang tidak berkhasiat seperti terlalu inginkan gula-gula sedangkan pada masa yang sama, sebenarnya sedang mengalami gestational diabetes ketika hamil, disarankan agar menahan diri dari terlalu kerap mengambil gula-gula yang diidamkan.

Tindakan sebegini membolehkan tahap glukosa dalam darah dapat dikawal.

Sekiranya tidak berbuat demikian, tahap kencing manis tidak dapat dikawal dengan baik.

Seterusnya menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia). Paling membimbangkan boleh membawa kepada komplikasi ketika melahirkan anak kelak.

Sumber : majalah pama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...