February 18th, 2011

abpbh2010

Abang Nara baru perasan yang rupa-rupanya Intan Ladyana dan Fauziah Gaus tak tercalon untuk mana-mana kategori untuk Top 5 ABPBH 2010. Disebabkan tajuk entri ini ialah berkaitan dengan Intan Ladyana, maka marilah kita fokuskan terus kepada Intan Ladyana. Adakah dia tak cukup berlakon drama? Adakah dia tak cukup banyak berlakon filem?

Rasanya pada tahun 2010 (macam ayat karangan UPSR pulak), Intan Ladyana dengan gahnya telah membintangi filem Adnan Sempit. Kutipan juta-juta tue. Takkanlah selepas berlakon filem Adnan Sempit pun tak cukup popular? Atau sememangnya Intan Ladyana ini tak ramai peminat?

Cuba kita tengok senarai Top 5 ABPBH untuk Pelakon TV dan Filem Wanita Popular.

F. PELAKON TV WANITA POPULAR
1. Fasha Sandha

2. Lisa Surihani

3. Noorkhiriah

4. Scha Alyahya

5. Tiz Zaqyah

L. PELAKON FILEM WANITA POPULAR

1. Diana Danielle

2. Lisa Surihani

3. Liyana Jasmay

4. Maya Karin

5. Scha Alyahya

Memang kesemua yang tercalon untuk Top 5 kategori ini sememangnya hebat-hebat belaka. Tetapi perlu diingatkan yang ABPBH adalah 100% berdasarkan undian daripada pembaca Berita Harian. Jadi kemungkinan besar ada 2 kesimpulan yang boleh dibuat di sini. Pertama, peminat Intan Ladyana tak suka baca Berita Harian. Dan kedua, Intan Ladyana memang tak berapa nak popular.

Tapi tak apa, kalau ABPBH untuk tahun 2011 ada, Abang Nara doakan Intan Ladyana bakal masuk Top 5. Tapi mutu lakonan kenalah tingkatkan. Jangan berlakon ala kadar je. Bercakap pasal lakonan, Abang Nara suka betul tengok lakonan Fauziah Gaus dalam drama Trilogi Cinta. Memang best. Best betul Rosyam Noor dapat bini cun macam Fauziah Gaus.

Lagi gambar Intan Ladyana untuk tatapan anda yang tidak mengenalinya dengan membaca entri ini sepenuhnya

P.S: Hadiah bernilai lebih RM40,000 untuk dimenangi hanya dengan main game Facebook Milo Fuze. Tunggu apa lagi? Cepat sebelum terlambat sebab tarikh tutup contest ini ialah 9 Mac.

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010

abpbh2010


Comments are closed.

Loading...