Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kenapa Hanya Kaki Farid Sahaja Yang Bernanah? Kalau Nak Saman Silakan- Penerbit Lafazkan Kalimah Cintamu

Perkongsian Datuk Farid Kamil yang memuat naik foto beliau memegang laporan polis menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan ia berkaitan dengan masalah rumah tangganya dan ada juga yang melaporkan ia adalah tindakan bela diri Farid terhadap satu pihak produksi drama yang membuatkan dirinya tercedera dan mengalami sakit teruk sehingga merasa tertekan ketika penggambaran.

Advertisement

Menerusi portal BH ONLINE, penulis novel dan penerbit drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Siti Rosmizah Semail tampil mendakwa Farid sebenarnya melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama tersebut.

Jika Farid ingin menyaman produksi atas dakwaan menggunakan air kotor untuk babak ketika hujan didalam drama tersebut, Siti Rosmizah yang mempunyai latar belakang sebagai peguam juga tidak teragak-agak untuk membuat tuntutan saman terhadap Farid.

Advertisement

Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya.

Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa. Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi.

Terdahulu, Farid meluahkan rasa kesal dengan kecuaian pihak produksi yang didakwa menggunakan air kotor dan mengandungi toksin sehingga kakinya sakit, lebam-lebam dan mengalami gatal-gatal sehari selepas menjayakan babak hujan. Farid terpaksa menahan sakit selama 10 hari dan sukar untuk berjalan ataupun memakai seluar.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 Comments

  1. kenn

    January 26, 2018 at 10:28 am

    bahaya juga sbenarnya air terjun ke sungai ni..baru2 ni ex classmate warded 2minggu kna kencing tikus sbb mandi air terjun…seruis seram weh..dulu kn penah artis meninggal kna kencing tikus juga sbb shooting kt tempat2 mcmtu…jgn ambil ringan hal2 kebersihan ni…dh kena sndiri baru tau

  2. hana

    January 26, 2018 at 9:16 am

    Besar sungguh jasa bomba…tolong padam api terbakar… tolong time orang accident.. tolong bukak cincin tersepit kat jari.. tolong tangkap ular…
    Sampai kan buat air hujan untuk drama pun abng bomba tolong..
    abang bomba i luv u lah…

    • wekkkkkkk

      January 26, 2018 at 9:45 am

      apa2 pun kalau “Äbg bomba” x ada dlm krisis air di tmpt kita, contoh kalau apartment X ada air, paip bomba boleh kita guna amek air tanpa bantuan abg bomba…
      mana yg ada experiance je tau..mana yg x ada experiance buat keja ni..mestilah berkerut dahi baca komen aku wekkkkkkk ni..yg ini x perlukan abg bomba..bantuan JMB Management je..

      air deras gila..utk mandi dn basuh luaran boleh lah, minum jgn…

  3. Anonymous

    January 26, 2018 at 2:26 am

    Habis tu untuk hujan buatan kalau amek air terjun pun gatal2, nak suruh bomba tadah ayaq paip ka? Berapa pama woi baru penuh trak. Hahaha

    Tok Farid ada masalah kulit kot, dia sensitif.
    Tapi kalau Tok dah minta pada Produser jangan teruskan scene air hujan, kena la stop. Kalau teruskan justified la Tok Farid nak saman sebab dia retis, badan dia asset.

  4. Edisikalkulator

    January 25, 2018 at 10:02 pm

    Elok korang ngaku siapa yg terbuatkan FK isap ganja pukul orang hari tu. Sebab selama benda BUKAN SALAH DIA. Lolz

  5. El

    January 25, 2018 at 5:48 pm

    Asyek asyek buat drama adaptasi novel yang tak berfaedah macam ni, cerita tak logika, membosankan

Loading...
To Top