Kenapa Gaji Minimum Tidak Boleh Terlalu Tinggi?

Trending

Kenapa Gaji Minimum Tidak Boleh Terlalu Tinggi?

Semua sudah sedia maklum penseragaman gaji minimum di seluruh Malaysia telah diseragamkan sebanyak RM1,050 bermula Disember 2018.

Sumber: Kosmo

Seperti yang tertulis dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum yang lalu, mereka menjanjikan akan menaikkan gaji minium kepada RM1,500 berbanding yang sebelum ini adalah RM 1,000 untuk  semenanjung dan RM 920 di Sabah dan Sarawak. Tetapi pihak kerajaan telah mengumumkan jumlah kenaikkan yang berbeza berbanding yang dicadangkan sebelum ini.

Advertisement

Kenapa gaji minimum tidak boleh terlalu tinggi?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa penetapan itu dibuat bersandarkan kedudukan kewangan negara. Kerajaan buat masa ini tidak mampu meningkatkan jumlah perbelanjaan kerana hutang yang ditanggung terlalu besar.

Ada rakyat yang berpendapat RM1,800 adalah jumlah yang sesuai ada juga yang berpendapat RM 1,500 adalah gaji minimum paling sesuai.

“Kita sedang bersaing dengan negara-negara lain, kalau kos kita meningkat terlalu tinggi kita akan hilang daya saing kita.”

Pakatan Harapan berdepan kesukaran bagi menentukan gaji minimum yang tinggi kerana sebahagian besar kewangan negara digunakan untuk membayar hutang.

Sebelum ini juga, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata yang kadar gaji minimum ini akan dikaji setiap 2 tahun dan berharap kadar itu dapat dinaikkan hingga RM1,500 seperti dijanjikan dalam 5 tahun ini.

Menurut kajian dan laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, ASEAN, kadar gaji di Malaysia sekarang masih antara yang tertinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain.

Sumber: Awani & Asean Briefing

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...