October 27th, 2017

eb22e5f8-effb-4299-84cf-cd69bb603621

Sepanjang menulis berita hiburan di BeautifulNara ini, kadangkala Abang Nara ada juga tertanya-tanya kenapa sesetengah artis tidak bercinta antara satu sama lain. Contoh paling senang ialah Fattah Amin dan Ayda Jebat. Sekali pandang memang nampak mereka berdua adalah pasangan yang sesuai. Namun cinta di antara Fattah dan Ayda tidak pernah termeterai.

Ok mesti ada yang tak puas hati apabila Abang Nara cuba nak “kenenkan” Fattah Amin dan Ayda Jebat kan? Tapi Abang Nara bukan cakap kosong. Abang Nara dah buat sedikit kajian untuk membuktikan bahawa mereka berdua ini memang sesuai bercinta. Bak kata omputih “match made from heaven”. Ini 3 sebabnya:-

1. Fattah & Ayda adalah pelakon dan penyanyi

Ayda Jebat mula mencipta nama selepas menyertai Akademi Fantasia. Enggan hanya menyanyi, Ayda Jebat kemudiannya mula berlakon. Banyak drama lakonannya yang meletup-letup. Sementara itu Fattah Amin mula popular selepas semua drama lakonannya menjadi menjadi tumpuan ramai. Kini Fattah turut sama bergelar penyanyi selepas mendendangkan suara merdunya di dalam 2 buah lagu iaitu Wanita Terakhir dan juga 1234U. Pastinya akan wujud persefahaman yang tinggi antara Fattah dan Ayda sekiranya mereka bercinta kerana masing-masing mempunyai karier yang sama.

2. Kedua-duanya suka berselfie untuk tatapan peminat

Satu perkara yang Abang Nara respek dengan Fattah Amin dan Ayda Jebat ialah kekerapan mereka berkongsi gambar dan berinteraksi dengan para peminat di laman sosial. Mereka tidak kedekut untuk berkongsi gambar selfie sebelum tidur, sebelum memulakan shooting atau ketika menghadiri majlis hiburan. Sudah tentu para peminat gembira sebab dapat melepaskan rindu di dada dengan menatap wajah selebriti kesayangan mereka.

3. Fattah Amin & Ayda selfie guna Oppo F5

Tak lama lagi, OPPO Malaysia bakal melancarkan OPPO F5 dengan tagline “Capture The Real You”. Kalau anda semua nak tahu, Oppo F5 ini memang sebuah smartphone yang cukup sesuai untuk penggemar selfie .

Digelar sebagai “selfie expert and leader”, salah satu kelebihannya ialah kerana kehadiran teknologi AI Beautify Recognition yang dapat menghasilkan selfie yang lebih semula jadi. Kagum betul Abang Nara bila tengok ciri-ciri Oppo F5 ini.

Selain itu, ciri-ciri Oppo F5 yang buat Abang Nara kagum ialah paparan skrinnya yang “infiniti” dan juga resolusi Full HD+, memang feel dia lain daripada lain. Kepada penggemar media sosial, Abang Nara berani jamin, confirm puas hati bila layan Facebook, Youtube dan macam-macam lagi.

OPPO F5 ini juga datang dengan ciri-ciri keselamatan seperti “Facial Unlcok”, jadi lepas ni anda tidak perlu lagi risau tentang keselamatan smartphone anda.

PS: Dengar cerita Fattah Amin juga bakal berada di pelancaran OPPO F5, mesti ramai nak ber-selfie dengan jejaka kacak ini.

Tidak lama lagi akan berlangsungnya anugerah ASK 2017, dan kalau anda semu ingin tahu, OPPO Malaysia adalah salah satu dari penaja untuk ASK 2017.

Sempena ASK 2017, OPPO bakal mengadakan Selfie Battle antara Fattah Amin dan Ayda Jebat. Anda sebagai peminat setia mereka boleh memenangi hadiah-hadiah yang cukup awesome dari Oppo.

Cara – cara untuk turut serta dalam game ini, anda perlu undi antara “Team Clear” atau “Team Beautify”, kemudian share link selfie battle ini beserta gamba selfie anda dan jangan lupa hashtag #OPPOF5 , #SelfieBattleMalaysia dan pilih sama ada anda #TeamClear atau #TeamBeautify

Tarikh peryertaan adalah dari 24hb Oktober sehingga 7hb Nov 2017. Untuk maklumat lanjut, boleh klik di link ini


Comments are closed.

Loading...