March 24th, 2014

Wow. Terkejut Abang Nara membaca luahan hati pelakon baru Amyra Rosli di BiPop semalam. Kalau anda tidak tahu, sebelum ini Fasha Sandha pernah membidas Amyra kerana sering datang lewat ke lokasi penggambaran. Selaku seorang pelakon senior, Fasha memang dikenali sebagai seorang yang menepati masa, berdisplin dan tidak menyusahkan orang lain. Sebelum ini, Fasha turut membidas Dazrin, tunang Amyra Rosli kerana kelakuan yang serupa.

amyra rosli dan dazrin

Menerusi BiPop semalam, Amyra Rosli menjelaskan yang tuduhan oleh Fasha adalah tidak betul. Malah Amyra juga mempersoalkan motif Fasha membuat tuduhan sebegitu. Amyra juga mengakui sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Kata Amyra:-

Tidak ada masalah pun antara kami (Amyra dan Fasha). Malah kami sempat memuat naik gambar ketika menjalani penggambaran di laman Instagram masing-masing. Kami memang baik dan profesional di set penggambaran.

Malah, siap ada yang pelik dan menulis komen di gambar kenapa wujud hal ini sedangkan di set penggambaran kami OK. Saya sedih dan kecewa hal ini timbul. Kenapa (Fasha) perlu bermuka-muka?

Selalunya kalau di set penggambaran, saya anggap pelakon dan kru macam keluarga. Tak sangka ada insan macam ini… dah kenapa? Cukuplah apa yang dia kenakan dekat tunang saya (Dazrin).

fasha sandha

Agak pelik juga kan? Setahu Abang Nara, Fasha bukanlah seorang yang sesenang hati menuduh orang lain melainkan perkara tersebut benar-benar berlaku. Namun Abang Nara suka dengan ketegasan Amyra Rosli yang enggan diperkotak-katikkan walaupun merupakan orang baru dalam industri. Kata Amyra lagi:-

Saya orang baharu dalam industri seni tapi janganlah fikir saya boleh diperkotak-katik. Ini periuk nasi saya dan saya tak pernah pun kacau periuk nasi orang lain.

Setahun lebih saya menerjah persada seni dan bergelut untuk berkongsi bakat. Jadi jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman atau cipta sensasi sesuka hati.

Apa yang terjadi buat saya lebih berhati-hati. Apabila bekerja saya akan berkerja sebaik mungkin dan cuba untuk tidak terlalu rapat dengan pelakon yang terbabit.

Kita tak oleh duga manusia ini yang mungkin baik di depan kita tapi di belakang mungkin sebaliknya.

amyra rosli gaduh fasha sandha

Hmmmm. Selagi tak dengar penjelasan daripada Fasha Sandha, sukar untuk Abang Nara mempercayai kata-kata Amyra Rosli. Keprofesional dan ketinggian tahap displin Fasha sememangnya sudah terbukti sekian lama. Malah Fasha juga bukan orang yang suka mencipta publisiti murahan sebegini. Apa pun, sama-samalah kita nantikan penjelasan selanjutnya.
prim chicP.S: Cantik-cantiknya aksesori wanita yang 100% original daripada PrimoChic ini. Harga pun sangat-sangat berbaloi. Lebih murah daripada harga yang jual di luar. Kalau anda masukkan code “NARA10” ketika pembelian, boleh dapat diskaun 10%. Terbaik kan? Usharlah koleksi PrimoChic di Facebook PrimoChic, Instagram PrimoChic dan juga Tumblr PrimoChic. Cepat sebelum kehabisan stok!!!


Comments are closed.

Loading...