“Kenapa Dia Tak Pernah Hubungi Saya?” – Sambut ‘Father’s Day’ Tanpa Kehadiran Bapa, Ismail Leon Tanya ‘Di Mana Dia?’

Kehidupan

“Kenapa Dia Tak Pernah Hubungi Saya?” – Sambut ‘Father’s Day’ Tanpa Kehadiran Bapa, Ismail Leon Tanya ‘Di Mana Dia?’

Bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana menceritakan bagaimana dia menjawab soalan yang tidak dijangka dari anaknya Ismail Leon.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Rihana berkata ketika sambutan Hari Bapa baru-baru ini, anaknya telah bertanyakannya tentang sesuatu.

Advertisement

Cerita Rihana, Leon telah bertanyakan kepadanya dimanakah bapanya selama ini dan model itu akui bahawa soalan tersebut membuatkannya tidak selesa untuk menjawab.

Jelasnya, dia memang menanti soalan itu daripada mulut anaknya namun pada masa yang sama turut berasa sukar untuk menemukan jawapan.

Kebimbangan utama saya adalah untuk memberikan jawapan yang seimbang kepada Leo kerana hanya dia seorang kanak-kanak di tadika tanpa kehadiran bapa.”

Apabila diajukan soalan tersebut, Rihana terus menunjukkan peta di mana lokasi London dan Malaysia serta menjelaskan bahawa bapanya berada jauh dari mereka menyebabkannya tidak dapat hadir.

Bukan itu sahaja, Leon juga turut bertanya kepada Rihana mengapa bapanya tidak pernah menghubunginya selama ini.

“Leon bertanya-tanya kenapa dia tidak menghubungi saya? Saya terpaksa keluar dan memberitahu bahawa telefon tidak diangkat di sana kerana belum ada 5G di sana. Jadi dia tidak boleh menghubungi dalam apa cara sekali pun.”

Menjengah ruangan komen, ramai netizen dari Malaysia yang memberikan respon dan kata-kata semangat buat Leon. Rata-ratanya meluahkan rasa kasihan terhadap kanak-kanak itu kerana membesar tanpa kehadiran seorang insan bergelar bapa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rihana petra ismail leon
3 years ago

Rihana Oksana Tetap Yakin Ismail Leon Ada Darah Campuran Malaysia, Ini Buktinya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...