Tular di media sosial apabila Wan Ellyas yang dahulunya merupakan aktor, kini telah menukar bidang pekerjaan menjadi pramugara kepada sebuah syarikat penerbangan.
Meskipun sekarang tidak lagi berada dalam industri seni, namun pelakon drama bersiri Dunia Baru ini masih lagi mempunyai peminat yang ingin mengambil gambar bersamanya walaupun ketika bertugas.
Bila partner kau artis.
@wahyuhee21Multitasking terus yee bila partner kau retis ! Hahahhaaha♬ bunyi asal – asran keyboard – Asran Keyboard
Menerusi salah satu video di TikTok, rakan setugas kepada aktor ini telah berkongsi momen di mana Wan dengan senang hati sedang melayan penumpang yang ingin bergambar di dalam pesawat.
Tularnya klip itu, Wan Ellyas mula meraih perhatian dari warganet yang teringat dengan watak yang pernah dibawanya suatu ketika dahulu yang bernama Tajul. Rata-rata rindu melihat lakonannya dia layar kaca televisyen.
Kenapa dia makin muda? Rasanya cerita dia masa saya sekolah rendah.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen TikTok itu, rata-rata tidak lupa nama ‘Tajul’ walaupun sudah bertahun-tahun drama itu disiarkan. Ada juga yang memuji penampilan Wan yang kekal muda dari dahulu hingga sekarang.
Sebagai info, pelakon ini telah rasmi meninggalkan dunia lakonan dan menyertai penerbangan Malaysia MAS pada tahun 2011.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel lain pada pautan di bawah.