April 28th, 2016

Kontroversi antara Ruhainies dan Janna Nick boleh dikatakan agak rumit, semuanya kerana salah faham yang timbul serta rasa tidak puas hati kedua-dua belah pihak. Mereka saling berbalas kenyataan yang akhirnya menghangatkan lagi suasana.

Ruhainies menerusi portal Utusan Online berkata, mengapa Janna masih lagi ingin memuat naik video menampilkan pengarah Michael Ang sedangkan beliau sebelum ini sudah memohon maaf beberapa kali.

Apabila dia memuat naik video tersebut dengan kata-kata yang sangat kebudak-budakan, saya rasa semua sudah tahu kebenaran berpihak kepada siapa.

Kenapa dia perlu panas punggung bila saya dedahkan fakta bahawa ada pelakon dengki kepada saya? Kenapa dia buat video dengan menarik sekali pengarah popular, Michael Ang untuk mempertahankan dia?

Ditanya adakah perkara ini akan memberikan kesan negatif kepada kariernya yang baru sahaja bermula, Ruhainies berkata ia terpulang kepada peminat dan tafsiran mereka dengan apa yang berlaku.

Itu terpulang kepada peminat. Sebab itu saya kata, kita perlu percaya kepada rezeki. Dalam industri ini kita perlu bersaing secara sihat, tidak perlu ada hasad dengki. Pusing-pusing jumpa juga, kan?

Ruhainies bagaimanapun mengakui menerima banyak tawaran lain selepas namanya digugurkan untuk membintangi filem Kimchi Untuk Awak.

Harapnya lepas ini tiada lagi kenyataan yang keluar di dada akhbar mengenai perkara ini. Kalau masih ada rasa tidak puas hati, lebih baik untuk anda berdua bersemuka dan selesaikan masalah ini secara matang.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...