Pelakon Jasmin Hamid ungkap rasa kecewa dengan segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil mahu pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya AidilAdha bersama keluarga.
Menurut Jasmin, sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri ini boleh mengakibatkan keadaan menjadi lebih teruk, lebih-lebih lagi sekarang ini negara sedang berlawan dengan wabak COVID-19 yang semakin meningkat hari demi hari.
Ini memang betul-betul RAYA KORBAN (KORBAN COVID). Nak korbankan family ke uols? Kes MERENTAS pun dah ikut peratus KES COVID yang makin meningkat.
Allahuakbhar. Kenapa DEGIL sangat? Jangan salahkan TAKDIR bila kita sendiri yang DEGIL. Nanti bila dah berjangkit COVID kat family, baru nak MINTA MAAF pada orang keliling.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Jasmin turut menyeru agar rakyat untuk belajar dari kesilapan sebelum ini agar tidak berulang buat kali kedua.
MATI KE KALAU TAK BALIK RAYA? Allah dah tunjukkan macam-macam kejadian kat kita. Masih tak belajar lagi ke?
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut mempunyai pendapat yang sama dengan Jasmin dan memohon agar hal itu dihentikan serta merta.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.