“Kenapa Cikgu Denda Anak Saya Cuci Longkang? Apa Salah Dia?” – Ibu Pelajar

Trending

“Kenapa Cikgu Denda Anak Saya Cuci Longkang? Apa Salah Dia?” – Ibu Pelajar

Prestasi akademi anak tidak memberangsangkan, mendorong si ibu menyerang seorang guru anaknya melalui aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Tiada adab dan tanpa soal selidik, guru dipersalahkan di atas masalah tersebut sehingga tergamak si ibu memberi guru itu amaran kerana mendenda anaknya mencuci longkang.

Difahamkan, pelajar berusia 16 tahun itu, Hazril Faizul, juga kerap ponteng kelas menyebabkan guru bernama Dhiya tiada pilihan lalu mendendanya mencuci longkang.

Perbualan WhatsApp di antara si ibu dan guru berkenaan kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengkritik tindakan si ibu yang menyerang Cikgu Dhiya dengan cara yang biadab.

“Tak hairanlah anak dia pun buat perangai di sekolah,” kata netizen.

Enggan beralah dan berterusan dipersalahkan, Cikgu Dhiya membuat pilihan untuk menjawab dan menjelaskan kepada si ibu tentang perangai anaknya di sekolah.

Hasilnya? Mungkin si ibu sedang menanam kepalanya di dalam tanah. Mungkin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...