Written by Irsa | November 18th, 2019

Pelakon Nazim Othman sememangnya tidak asing lagi dalam industri lakonan di Malaysia. Walaupun memulakan karier sebagai seorang pramugara untuk MAS Airlines tetapi nampaknya rezeki lelaki itu terbuka luas dalam bidang lakonan bermula daripada tahun 2008.

Sejak mencipta nama dalam drama ‘Dejavu Di Kinabalu’, Nazim terus mengorak langkah di dalam industri seni tempatan, tak kisahlah sama ada sebagai pelakon utama mahupun watak sampingan.

Walaubagaimanapun, lelaki tinggi lampai itu telah meluahkan rasa kesalnya kerana asyik dipilih sebagai hero kedua menerusi laman Instagramnya.

nazim othman tidak mahu lakonkan watak kedua jika hero tidak semenggah

Tambahnya lagi, dia hanya akan menerima watak kedua atau ketiga jika watak utama diberikan kepada pelakon yang lebih layak daripadanya.

Second? What Second? Kenapa bukan saya yang pertama. Saya boleh mainkan watak kedua sampingan kalau bakat yang pertama itu lebih baik daripada apa yang saya boleh bawakan.

Lelaki itu menjelaskan bahawa dia tidak akan menjadi watak kedua sekiranya hero utama tidak mempunyai bakat dan disiplin selain hanya bergantung kepada populariti.

Sekarang, watak utama itu dipilih berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial. Tak semestinyaa ramai followers betul-betul berbakat.

nazim othman tidak mahu lakonkan watak kedua jika hero tidak semenggah

Menerusi komen yang dibalasnya kepada salah seorang peminat, dia menyatakan bahawa bayaran boleh dirunding tetapi biarlah watak hero utama itu semenggah sedikit. Barulah dia mahu menerima berlakon sebagai watak sampingan.

Nampaknya, Nazim betul-betul bengang dengan pihak produksi yang sering utamakan pengambilan watak utama berdasarkan jumlah pengikut di laman media sosial sahaja.

Sumber: mStar Online

13 responses to “Kenapa Bukan Saya Yang Pertama?”- Nazim Othman Tolak Watak Kedua Jika Hero Utama Tidak Semenggah

  1. anonymous says:

    ni aku agree dgn nazim kalau khai tu ya rabbi haukk…….khai nana menyanyi dah la sebab korang fail kalau lakun n hosting

  2. dina says:

    ko punya acting pun x best mana

  3. rogayah says:

    kau belakon pun mcm control2 jer .. ckp pun x lepass..control macho la katakan..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini