Sepatutnya semalam Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 tahun telah pun selamat disebat sebanyak 6 kali kat Penjara Wanita Kajang. Buat yang tak tahu, kesalahan Kartika Sari yang merupakan seorang model sambilan ialah meminum arak bagi orang Islam.
Sesungguhnya kami sangat kagum dengan ketabahan Kartika Sari. Dia siap request lagi supaya hukuman sebat nie dibuat depan orang ramai. Biar semua orang tengok. Dapatlah dijadikan pengajaran. Kasik mereka yang Islam terfikir 2,3 kali bila nak minum arak.
Tapi sedihnya kami hari ini bila baca Harian Metro, hukuman sebat kat Kartika Sari Dewi Shukarnor ditangguhkan tanpa alasan yang munasabah. Kesian kat dia. Dia dah bersiap-sedia dari segi mental ngan fizikal dah. Bukannya dia taknak, dia siap rela dan taknak buat rayuan lagi. Kenapa tak diteruskan jer?
“Saya juga tidak mahu undang-undang yang termaktub dalam Islam dipandang serong dan diperkotak-katikkan”
Bila dengar kata-kata Kartika Sari kat atas tue makin bertambah kagum kami dibuatnya. Mana ada orang yang sanggup dan rela nak dihukum time zaman macam nie? Mungkin ada tangan-tangan ghaib yang menghalang benda nie daripada berlaku. Maklumlah arahan pembatalan hukuman nie pun dibagitau ikut telefon jer.
Apa pendapat anda? Kesian tak kat si Kartika nie? Ataupun memang tak wajar dia disebat sebab terlalu kejam? Jom bincang kalau sudi.